🌸 BAB 40 🌸

28 2 0
                                    

"Lepas mama dan papa berangkat ke Mekah, boleh awak hantar saya semula ke rumah Suraya?" Ucap Aisha.

Zayyan memandang Aisha yang berada di tepinya. Tangan kanannya sedang memegang streng. Kereta mereka sedang berhenti di lampu isyarat yang sedang berwarna merah.
Mereka sedang menuju ke rumah mertuanya.

Zayyan diam.

"Awak tak nak pulang semula ke rumah?" Tanya Zayyan. Dia sedikit kecewa demgan permintaan Aisha. Adakah gadis ini masih merajuk dengannya?

Dia melihat Aisha menggelengkan kepalanya.

Zayyan mengeluh. Jejaka itu tidak pernah berhadapan dengan hati seorang perempuan. Dia tidak tahu yang Aisha sebenarnya sedang mengusiknya.

"Saya nak ambil semula baju saya di rumah Suraya." Ucap Aisha sambil tersenyum manis.

Zayyan tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Jejaka itu terus mengangguk.

Senyuman Zayyan membuatkan hati Aisha berbunga. Aisha menggenggam perlahan tangannya di atas peha. Suasana kemudian sunyi kembali. Zayyan hanya menunggu lampu isyarat di depannya bertukar warna.

Tiba-tiba perut Aisha berbunyi agak kuat. Aisha menggigit bibir. Perutnya suka buat hal di waktu yang tidak sesuai.

"Awak dah lapar sangat? Kita cari kedai dekat-dekat jerlah, boleh?" Zayyan mengerling jam kereta di depannya. Sudah hampir tujuh pagi.

Perut Aisha berkeroncong lagi, kali ini lebih kuat seolah-olah menolong tuannya menjawab soalan Zayyan.

Zayyan tergelak kecil.

Apabila lampu bertukar hijau, Zayyan terus menggerakkan kereta myvinya. Dia meluncur laju sehinggalah kereta itu sampai di sebuah kedai di tepi jalan.

"Kita makan nasi lemak?" Tanya Zayyan, meminta pendapat dari gadis itu.

Aisha mengangguk pantas. Perutnya memang perlu diisi.

Zayyan lantas mematikan enjin kereta dan membuka pintu. Masing-masing keluar dari perut kereta dan menuju ke dalam kedai. Mata Zayyan mencari-cari meja untuk diduduki. Aisha mencuit bahu Zayyan. Dia terlihat satu meja yang kosong dan melangkah ke situ.

Zayyan yang tidak menyedarinya masih cuba mencari meja yang lain.

Dengan tidak disangka-disangka, seorang kanak-kanak lelaki berumur sekitar 8-9 tahun berlari dari arah kanan Aisha dan terus melanggar gadis itu. Budak itu kemudian jatuh terduduk dan terus menangis agak nyaring. Aisha yang terpaku seketika, menghulurkan tangan cuba membantu kanak-kanak itu berdiri.

"Kau jangan cuba-cuba pegang anak aku!" Satu suara garau kedengaran dari jauh. Seorang lelaki pantas menghampiri mereka dan menarik tangan budak lelaki tersebut.

"Mata kau kat lutut ke, sampai anak aku pun kau langgar??" Kuat suara lelaki itu menjerkahnya.

Aisha tercengang.

"Kenapa kau diam? Anak aku dah menangis macam ni. Baik kau minta maaf!!" Ucap lelaki itu lagi. Tiba-tiba lelaki itu menolak bahu kanan Aisha dengan kasar sehingga gadis itu terlanggar kerusi di belakangnya.

Lelaki itu cuba menolak lagi, tapi tidak semena-semena Zayyan muncul di depan Aisha. Zayyan memegang tangan lelaki itu dengan pantas. Mata Zayyan memandang tajam wajah lelaki tersebut.

Lelaki tersebut tidak berpuas hati dan cuba menarik tangannya dari genggaman Zayyan. Zayyan tidak melepaskannya dan tidak bergerak.

Lelaki yang tidak dikenali itu mengetap giginya kerana geram. Dia cuba menarik lagi tapi tidak berjaya juga. Pergelangan tangannya sudah mulai sakit. Riak wajahnya mula berubah. Dia menyedari yang dia tidak dapat mengatasi kekuatan Zayyan.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now