🌸 BAB 34 🌸

33 1 0
                                    

"Aisha, you are already here." Kedengaran suatu suara memanggil namanya. Aisha berpaling ke arah suara itu.

Kelihatan kelibat Haiqal berdiri di sebelahnya sambil tersenyum manis. Aisha membalas semula senyuman jejaka itu. Haiqal kelihatan rapi memakai sepasang sut berwarna kelabu dengan kemeja putih di dalamnya. Ia menyerlahkan lagi karisma jejaka tersebut.

"You look really lovely today." Haiqal tidak lepas memandang wajah gadis di depannya.

"Thanks, you too." Balas Aisha.

Haiqal melihat jam tangan mewah yang terlekat di pergelangan tangannya.

"Ada sesuatu yang saya nak tunjuk kat awak, Aisha. As I said, I have a surprise for you." Balas lelaki kacukan itu.

"What surprise?" Tanya Aisha. "Awak sebenarnya tidak perlu buat apa-apa kejutan untuk saya, Haiqal. Menyusahkan awak pula." Aisha tersenyum lagi sehingga lesung pipit di pipi kanannya kelihatan.

"Ahh, that dimple. That what i miss so much!" Ucap Haiqal sambil ketawa kecil.

Aisha cuma mampu ketawa juga. Haiqal memang suka bergurau.

"Hmm.. Kejutan tu ada di sebalik pintu ni. Jom?" Sambung Haiqal sambil membuka pintu di sebelahnya. Dia kemudian menggerakkan tangannya, mempelawa Aisha masuk.

Aisha agak serba salah. Tapi dia melangkah masuk juga ke ruangan itu bersama Haiqal.

Ruangan bilik itu berkeluasan sederhana sahaja, tanpa dihiasi apa-apa perabut. Di tengah ruangan itu terdapat satu easal stand atau peyangga lukisan yang ditutupi dengan sehelai kain putih.

Aisha memandang wajah Haiqal dengan penuh tanda tanya.

Haiqal tersenyum.

"For months, I tried to persuade the artist to allow us to display the painting, just for tonight. It will be our main focus of the exhibition." Ucap Haiqal. "Tapi sebelum ia dipamerkan sebentar lagi, saya nak awak menjadi orang pertama yang melihat lukisan ini secara langsung. I know you will be excited." Sambung jejaka itu sambil tersenyum.

Jejaka itu kemudian menghampiri penyangga lukisan tersebut dan menarik kain putih yang menutupinya. Sebuah lukisan yang dilakarkan dengan cat air, tersergam indah di atas penyangga.

Aisha tergamam. Matanya mula bersinar dan bercahaya.

"Macam mana awak boleh dapatkan lukisan ni? Frankly, I am surprised." Ucap Aisha teruja. Lukisan itu ditiliknya dengan mata yang tidak berkelip.

Haiqal tersenyum melihat gelagat Aisha. "Well, i have my own ways. Now.. you can appreciate the painting by yourself. We still have some time. I will leave you alone with the painting." Ucap Haiqal dan mula melangkah keluar.

"Haiqal?" Aisha berpaling ke jejaka itu.

"Yes?" Balas Haiqal pantas.

"Thank you so much."

" Everything for you, Aisha." Ucap Haiqal jujur. Jejaka itu kemudian menuju ke pintu.

Aisha berpaling semula ke arah lukisan itu. Akhirnya dia dapat juga melihat lukisan yang terkenal tersebut. Sewaktu di New Zealand dulu, dia dan Haiqal sentiasa bercita-cita untuk melihat lukisan itu secara langsung. Malangnya ia sangat jarang dipamerkan secara terbuka.

Aisha menarik nafas panjang. Sekurang-kurangnya lukisan ini dapat membantunya melupakan seketika bayangan memori yang baru muncul di depan matanya tadi.

***********

Zayyan hanya terpaku di situ. Sekarang dia tidak tahu ke mana kakinya ingin tuju. Dia berpaling ke belakang mencari kedua sahabatnya tapi kelibat mereka entah hilang ke mana.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now