🌸 BAB 15 🌸

30 2 0
                                    


--FLASHBACK : PERTAMA KALI ZAYYAN MELIHAT AISHA LIMA BULAN YANG LALU (9 NOVEMBER 2022)--

Aisha menghempas pintu keretanya dan terus memberikan kunci kepada penjaga valet di depan pintu kelab malam. Tulisan nama kelab, ZEAL, terpampang besar di dinding masuk.

Dengan hati yang mendidih dia terus melangkah ke arah pintu masuk. Kali ini dia tidak dapat mengawal diri. Pedulilah apa yang orang kata. Perbuatan Maria kali ini sudah melampau.

Seorang penjaga pintu cuba menghalangnya dari masuk. Tanpa berfikir panjang, Aisha terus mengeluarkan beberapa helai not seratus dari beg duitnya dan terus diselitkan di poket baju penjaga tersebut dan melangkah masuk tanpa bicara.

Sebaik sahaja dia berada di kawasan tengah kelab, matanya liar mencari Maria. Kawasan kelab dipenuhi dengan tubuh-tubuh yang sedang menari rancak mengikut alunan lagu. Semua itu langsung tidak dipedulikannya. Hatinya amat panas.

Di balik kumpulan manusia itu, dia sedar ada mata yang memandang apabila gadis yang bertudung litup sepertinya berada di tempat sebegitu. Memang nampak tidak kena pada tempatnya. Ahh peduli apa.

Dari jauh Aisha dapat melihat Maria sedang duduk di satu sofa dan tengah bergelak ketawa dengan beberapa temannya. Di atas meja mereka kelihatan beberapa gelas berisi dengan air terlarang.

Aisha mengeluarkan telefonnya dan mengambil video, mula merakam apa yang sedang dilakukan oleh sepupu perempuannya itu untuk beberapa minit.

Setelah puas, Aisha menghampiri meja Maria. Tanpa berkata apa-apa Aisha terus mengambil sebotol air mineral di atas meja dan terus menuangnya ke atas kepala Maria.

"Hey!!" Maria menjerit, terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba itu. Terus dia memandang ke arah tubuh yang berdiri di tepinya. Aisha!! Maria terus berdiri.

" Hey, apa yang kau buat ni?? Kau nak mati ke?!?!" Maria menjerit ke arah Aisha.

Pangg!!

Satu tamparan hinggap di pipi Maria. Gadis itu terdiam seketika, pipinya yang sakit dipegang. Tidak dia sangka yang Aisha akan bertindak sedemikian.

Aisha memandang tepat ke arah wajah Maria dengan pandangan yang tajam.

"Baik kau padam post kau pasal Suraya dalam instagram. Kalau kau tak padam, aku sendiri yang akan post video ni. Biar satu keluarga tahu macam mana perangai kau sebenarnya." Ucap Aisha tegas tepat ke arah Maria.

Tangan kanan Aisha memegang telefonnya dan dihala tepat ke mata Maria.

Mata Maria terbeliak memandang video yang sedang diputarkan. Dalam video tersebut, kelihatan dirinya sedang menikmati air haram dari dalam gelas yang sedang berada di tangannya.

Dia cuba merampas telefon itu tapi dengan pantas dihalang Aisha. Aisha lantas menyentap kolar dress Maria. Terkejut Maria kerana tidak menyangka yang Aisha akan bertindak sejauh itu. Tidak pernah dia melihat Aisha semarah itu. Kali ini gadis itu bukan main-main.

"Baik kau padam sekarang. Padam!" Aisha menaikkan suaranya.

Maria yang mula rasa tergugat, mencari-cari telefonnya di dalam beg tangan yang tergantung di bahu. Sebaik sahaja telefon itu berada di tangannya, Maria membuka skrin telefon tersebut.

Aisha merampas telefon dari tangan Maria dan membuka aplikasi instagram. Gadis itu mencari dan memadam post yang dimaksudkan dan terus membalingkan telefon itu ke lantai dengan kasar.

Aisha kemudian merapatkan wajahnya ke Maria. Mata Maria dipandang tepat.

"Ingat Maria, aku boleh diam kalau kau kacau aku. I don't care if you want to hurt or insult me. But you really crossed the line when you messed with people that i care about. Dont you ever dare, or else i will destroy you!" Ucap Aisha tanpa berkelip. Matanya tajam penuh dengan kemarahan.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now