🌸 BAB 32 🌸

32 2 0
                                    

Selama beberapa hari ini, Zayyan hanya menumpang kereta Amir ke bengkel. Dia rasa malas untuk memandu. Sepanjang perjalanan dia hanya memandang telefon di tangannya. Tiada satu pun mesej yang dia terima dari Aisha sejak malam tadi. Dia merengus perlahan.

Amir mengerling ke arah Zayyan.

"Kenapa? Takde orang mesej ke?" Tanya Amir. "Kalau orang tu tak mesej, kau boleh je mesej dia dulu." Perli Amir lagi.

Zayyan diam sahaja. Sahabatnya itu tidak tahu, yang dia memang sedang menunggu balasan dari Aisha. Tapi tiada satu berita pun dari gadis itu. Jauh di sudut hatinya dia gelisah, mungkinkah Aisha sudah tawar hati?

Setelah sampai, Zayyan dan Amir beriringan melangkah ke bengkel. Setibanya di situ, kelihatan Suraya sedang berdiri tegak di hadapan pintu masuk. Zayyan terpaku sebentar melihat Suraya. Dia cuba mencari kelibat Aisha, tetapi tidak kelihatan.

Mereka berdua menghampiri gadis itu. Suraya tersenyum kelat melihat Zayyan dan sahabatnya. Dia menelan air liurnya. Aisha tidak tahu yang dia datang ke sini. Tapi dia rasa dia perlu bertemu Zayyan untuk menjernihkan hubungan Aisha dan suaminya itu.

"Hi Zayyan. Saya Suraya." Ucap Suraya apabila Zayyan berdiri di hadapannya.

"Saya kenal awak. Ni kawan saya, Amir." Balas Zayyan sambil memperkenalkan sahabat yang berada di sebelahnya.

"Saya cam encik Amir. Kita pernah jumpa masa majlis pernikahan hari tu." Suraya tersenyum memandang Amir.

"Eh tak payah ber'encik' dengan saya. Panggil saya, Amir je." Sengih Amir memandang Suraya. Zayyan menggelengkan kepala melihat telatah Amir. Amir pernah memberitahu yang dia agak tertarik dengan Suraya ketika pertama kali melihat gadis itu.

"Kenapa awak datang sini? Aisha ke yang minta awak datang?" Tanya Zayyan sedikit berharap.

Suraya menggelengkan kepala.

"Eh, sebelum apa-apa, elok kita duduk dulu. Jom kita cakap kat pejabatlah. Privacy sikit. Nanti saya suruh budak buat air." Sela Amir.

Zayyan mengangguk mengiyakan kata-kata Amir. Dia terus melangkah menuju ke pintu pejabat. Suraya hanya mengekor sahaja Zayyan dari belakang. Amir juga kemudiannya menyusul gadis dan sahabatnya itu.

Setelah masuk ke ruangan pejabat, Suraya melabuhkan punggungnya dan duduk bertentangan dengan Zayyan. Seketika kemudian, Amir datang sambil membawa tiga cawan air berisi kopi susu. Suraya tersenyum memandang Amir.

Sebelum memulakan bicara, Suraya menghirup kopi di depannya. Muka Zayyan yang dingin dan langsung tidak berkata apa-apa membuatkannya sedikit gugup. Macam manalah Aisha boleh jatuh hati kepada lelaki tersebut, bisik hati Suraya. Dia menelan air liur.

"Macam ni, Zayyan." Akhirnya Suraya bersuara. " Saya datang hari ni sebab saya rasa saya perlu jelaskan salah faham awak terhadap Aisha. Saya tahu yang setiap hari awak datang ke kedai bunga dan kedai tomyam untuk melihat Aisha dari jauh. Saya perasan kelibat awak dan Amir." Jelas Suraya.

Perempuan itu menyambung lagi, "Saya rasa awak pun sayangkan Aisha. Dan saya tak suka melihat keadaan Aisha sekarang."

Zayyan menelan air liur. Amir di sebelah mengangguk-angguk memandang Suraya.

"Betul-betul. Saya pun tak suka tengok keadaan kawan saya yang seorang ni macam ni." Sampuk Amir sambil memandang Zayyan.

"Ehem!" Zayyan memberi isyarat kepada Amir supaya diam. Amir tersengih.

Suraya tersenyum sumbang melihat telatah Amir.

"Saya nak jelaskan tentang kejadian di kelab malam masa tu." Suraya terhenti ketika, cuba menyusun ayat untuk menjelaskan kepada Zayyan.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now