🌸 BAB 42 🌸

25 2 0
                                    

Suasana di bengkel hari ini agak lengang. Orang tua Aisha sudah berangkat ke tanah suci beberapa hari lepas. Dia dan Aisha sudah mula berkerja semula.

Zayyan sedang asyik membetulkan enjin di depannya ketika telefonnya mula berbunyi.

Tangannya dilap seketika dan mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Dia memandang skrin. Apa pula yang si Leman nak ni.

"Hello? Kenapa Leman?" Ucap Zayyan sebaik sahaja menerima panggilan.

"Kau tengok link yang aku hantar." Balas Leman pantas.

"Ok." Zayyan mematikan telefon.

Dia kemudian membuka applikasi whatsapp dan mengetik beberapa link yang dihantar oleh Leman.

Riak wajah Zayyan terus berubah apabila dia melihat isi halaman online yang dipaut.

Matanya membaca dengan pantas. Tangannya menggerakkan skrinnya tanpa berhenti. Matanya membulat.

"Zayyan! Kau dah tengok telefon kau? Gambar Aisha ada dalam tu." Amir bergegas menghampirinya. Zayyan menggigit bibir dan tidak menjawab soalan Amir.

"Kau boleh hack semua link yang ada? And please make sure to find the culprit. Aku tak nak berita tu menganggu Aisha." Ucap Zayyan sambil memandang ke arah Amir.

Amir mengangguk.

Dia terus memasukkan telefonnya dan berlari keluar. Kakinya pantas menuju ke kereta. Setelah masuk ke kenderaan itu, dia mula menyalakan enjin. Kereta itu kemudian dipandunya keluar dari kawasan tersebut.

Di dalam fikiran Zayyan sekarang hanya memikirkan isterinya. Hatinya berdebar-debar. Harap Aisha belum membaca berita tersebut.

Dia menekan minyak supaya kereta itu lebih laju. Dia menghala ke kedai bunga isterinya. Dalam tiga puluh minit kemudian Zayyan sampai di situ.

Setelah memarkirkan kereta, Zayyan berlari dan melangkah masuk ke kedai itu. Dia mengatur semula nafasnya. Matanya mencari kelibat isterinya.

"Awak?" Suara Aisha kedengaran di sisinya. Zayyan terus berpaling.

Aisha tersenyum manis memandangnya.

"Awak buat apa kat sini?" Aisha menghampirinya.

"Saya.." Zayyan menelan air liur. Dia tidak tahu apakah berita itu sudah sampai ke pengetahuan Aisha atau tidak.

"Boleh kita duduk kat mana-mana dulu?" Tanya Zayyan. Aisha terus mengangguk.

Aisha membawa Zayyan ke belakang kaunter dan membuka pintu di situ. Mereka masuk ke satu bilik kecil yang mempunyai meja dan kerusi. Aisha menutup pintu.

"Kat sini boleh? Bilik ni tempat saya dan Suraya rehat." Ucap Aisha.

Zayyan mengangguk. Dia kemudian duduk dan Aisha menyusulinya.

"Kenapa awak? Tak pernah awak datang sampai sini." Tanya Aisha sambil memandang suaminya.

Zayyan menarik nafas.

"Awak datang sebab artikel online tu ke?" Aisha terus bertanya.

Zayyan memandang Aisha. "Awak dah tahu?"

"Mestilah dah. Saya ada tukang berita terpantas di abad ni." Balas Aisha.

Zayyan mengerutkan muka, tidak memahami kata-kata Aisha.

"Suraya.. Suraya pagi-pagi lagi dah hantar link tu kat saya." Jelas Aisha.

"Tapi.. kenapa awak nampak tenang je? Berita tu melibatkan maruah awak." Tanya Zayyan kehairanan.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now