🌸 BAB 41 🌸

28 2 0
                                    

Aisha dan Zayyan keluar dari kereta. Setelah masing-masing mengambil beg baju, mereka melangkah menuju ke pintu. Aisha terpaku sebentar apabila melihat mamanya di muka pintu. Mamanya tersenyum lebar melihat wajahnya.

"Aisha sayang." Mamanya menyambutnya dengan tangan terbuka. Aisha meletakkan beg bajunya dan terus memeluk mamanya erat. Dia merangkul mamanya seperti tidak mahu dilepaskan.

Tangan mamanya mengusap-usap kepalanya perlahan. Zayyan yang berada di sebelah, hanya diam melihat kedua anak beranak itu berpelukan. Dia mengangkat beg Aisha di atas lantai dan bersalaman dengan ibu mertuanya.

Aisha melepaskan pelukannya dan memandang wajah mamanya.

"Kenapa muka Aisha nampak cengkung ni? Aisha tak makan ke?" Mamanya menegur.

Aisha cuba tersenyum.

"Makanlah, cuma tak berapa lalu. Rindu masakan mama." Balas Aisha manja.

"Rindu masakan mama ke, mama dah nak menimang cucu?" Gurau mamanya sambil memandang anak menantunya bersilih ganti.

Aisha dan Zayyan diam membatu. Keduanya kaget dengan soalan itu. Aisha menggelengkan kepalanya.

"Taklah, mama." Tersipu-sipu Aisha membalas kata-kata mamanya.

Mamanya tergelak kecil.

"Mama gurau je. Tapi kalau betul pun apa salahnya. Lagii mama suka." Balas mamanya.

"Papa mana, mama? Takkan pergi office lagi? Kan dah nak berangkat?" Tanya Aisha, cuba menukar topik.

"Hmm papa kamu macam tu lah. Kena betul-betul selesaikan urusan pejabat dulu baru tenang nak pergi. Sebab tu kami nak sangat Zayyan ganti papa. Nanti kami pula yang boleh pergi honeymoon." Balas mamanya.

Zayyan cuma tersenyum. Kata-kata ibu mertuanya membuatkan hatinya sedikit pilu. Dia memandang wajah Aisha. Dia tidak pernah membawa gadis itu pergi berbulan madu.

"Dahlah, kamu berdua pergi rehat dulu. Nanti kita lunch sama-sama. Mama dah ready dah masakan kegemaran kamu berdua." Sambung mama Aisha sambil menepuk bahu anak perempuannya.

"Ok, kami naik dulu ya, mama." Balas Zayyan sambil menganguk.

Jejaka itu masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke arah tangga. Aisha hanya mengekor sahaja Zayyan dari belakang.

Apabila sampai di dalam bilik, Aisha terus memasuki bilik air. Dari tadi lagi dia menahan hajatnya.

Zayyan pula terus meletakkan beg pakaian mereka dan melabuhkan punggungnya di tepi katil. Dia hanya memerhatikan sahaja Aisha yang baru keluar dari bilik air. Gadis itu terus melangkah menuju beg pakaian yang berada di sebelahnya.

Zayyan mencapai tangan Aisha dan menarik tubuh gadis itu duduk di atas paha kirinya. Aisha yang terpinga-pinga, terpaku sebentar. Dia cuba bangun tapi ditahan jejaka itu. Zayyan memandang tajam ke arah mata isterinya.

Aisha mengerutkan dahi. Pandangan Zayyan itu membuatkan hatinya berdegup. Tangan kiri Zayyan berlingkar kemas di pinggangnya.

"Awak kenapa?" Tanya Aisha, polos.

"Awak dengar tak mama cakap apa tadi?" Tanya Zayyan. Dia menarik badan Aisha lebih rapat ke dadanya. Tubuh mungil Aisha dipeluk erat.

"Err.. mama dah masak untuk kita?" Aisha menggigit bibir, pura-pura tidak faham dengan soalan suaminya.

Zayyan tergelak kecil mendengar kata-kata isterinya, tapi matanya semakin geram memandang wajah gadis itu.

"Mama kata.. dia suka kalau dapat timang cucu." Suara kasar Zayyan menjadi semakin dalam.

CINTA SAKURAWhere stories live. Discover now