Bab 41

421 17 0
                                        

TENGKU Jahran memandang ke arah Dato' Tahir yang sedang berdiri disebelahnya. Selepas menghantar Tiara ke rumah daddynya, terus mereka berdua bergerak ke markas TJ.

"Pakai ni, Dato'." Earpiece yang kecil diberikan kepada Dato' Tahir. Lelaki tua itu menyambut huluran tersebut.

"Kami boleh mendengar segala perbualan melalui earpiece tu." Jelas Syed Riyaz. Dato' tahir angguk faham. Earpiece tersebut dimasukkan ke dalam telinganya.

"Nah." Satu cip kecil pula diberikan kepada Tengku Jahran. Lelaki itu memandang cip tersebut dengan wajah tanpa riak. Tangannya mengambil cip yang berada di atas tapak tangan Syed Riyaz.

"Telan." Selamba saja Syed Riyaz mengarah. Tengku Jahran menjulingkan matanya ke atas.

"Semua dah ready?" Soal Syed Riyaz dengan nada serius. Dia memandang ke arah beberapa orang pengawal yang kemas mengenakan pakaian casual berwarna hitam. Ditambah pula dengan topi hitam di atas kepala mereka.

"Yes, Sir." Jawab mereka serentak membuatkan ruang tersebut dipenuhi dengan suara garau mereka.

"Standby dekat tempat masing-masing. Mereka berdua akan pergi berjumpa dengan Adli. Just keep in touch, everyone. Report everything that happens to me without leaving out any details." Suara yang penuh authority.

"Remember, their lives are important. Never leave your spot." Pesan Syed Riyaz lagi. Mereka tidak boleh tersalah langkah. Jika tidak, mungkin akan ada nyawa yang melayang dan dia tidak akan membiarkan perkara tersebut berlaku.

"I leave everything to you." Tengku Jahran pandang sahabat baiknya. Dia percayakan Syed Riyaz. Lelaki itu sangat handal menguruskan hal seperti ini.

"Don't worry. We're behind you." Balas Syed Riyaz.

"Jaga Camellia, Yaz." Pinta lelaki itu dengan nada berharap. Bahu Syed Riyaz ditepuk perlahan.

"Aku akan jaga dia macam adik aku sendiri." Ujar Syed Riyaz sambil menepuk belakang badan Tengku Jahran.

"Hati-hati, Ran." Tengku Jahran angguk. Kali ini mereka berhadapan dengan Adli dan lelaki itu bukan sebarangan orang. Jika tidak, masakan Adli boleh mengaburi mata mereka semua selama ini. Licik permainannya. Dan mereka perlu menjadi lebih licik daripada Adli.

"Jom, papa."

*****

Flashback...

"Let me do it."

Tengku Jahran merenung ke arah gadis itu tanpa suara. Hanya matanya tepat memandang ke arah wajah cantik gadis itu.

"Let me be the bait, TJ." Ulang Tiana lagi. TJ. Panggilan yang akan disebut jika hanya ada mereka berdua saja. Tengku Jahran sudah menceritakan kepadanya siapakah Adli yang sebenar. Dan tidak dinafikan bahawa dia berasa kecewa dengan kebenaran yang sudah disingkap itu.

"I don't think that's a wise decision." Balas Tengku Jahran tanpa senyuman. Tidak pernah menjangka keputusan seperti itu yang akan keluar daripada mulut kakak iparnya.

"This is the only way to catch him."

"No, Tiana. Do you want to put yourself in danger?" Soal lelaki itu.

"Kalau ni saja cara yang kita ada, saya tak kisah. Saya tak nak perkara ni berlarutan lagi. Saya tak nak ada nyawa yang akan melayang lepas ni."

"So by doing this, you think no one will get hurt? You think no lives will be lost? Don't you realize you're putting your life in danger?" Nada kegeraman kedengaran pada suara Tengku Jahran. Tak fikir ke nyawa gadis itu yang akan dipertaruhkan?

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang