Prolog

402 5 0
                                    

Night, merupakan adik lelaki kepada Day telah bermalam di rumah teman baiknya Gus. Night menghadiri kelas di Bangkok sedangkan rumahnya jauh di Kancaburi. Oleh kerana itu Gus telah mempelawa Night untuk bermalam di rumahnya dan cuma pulang ke rumah di hujung minggu.

Namun, Night telah di ambil kesempatan oleh abang kepada temannya, Gear. Night digoda untuk jatuh cinta kepadanya. Namun, dia telah ditipu untuk jatuh cinta dan dirogol. Malah aksi intim mereka telah direkodkan secara rahsia sebagai taruhan dengan teman-temannya.

Orang yang memikirkan dan memulakan idea pertaruhan untuk video intim itu ialah, Itt.

Itt merupakan salah seorang teman baik kepada Gear. Gear yang juga abang kepada Gus yang telah merekodkan video intim mereka dan menipu Night.

Night agak bertuah kerana mereka tidak memeras ugutnya dengan duit ataupun mengganggunya secara berterusan kerana dibantu Gus dan juga kerana tujuan mereka bukanlah duit. Tapi keseronokkan menunjuk hebat.

Pada malam yang sama, Night telah menelefon abangnya, Day untuk membawanya pulang. Night sangat malu dengan apa yang telah terjadi dan telah menceritakan semuanya kepada Day.

Dan....Day memulakan rancangannya untuk membalas dendam.

Day berdiri dan sedang merokok, sambil menyandarkan badannya ke pintu balkoni.

"Berapa kali lagi kau nak aku buat? Kau masih consider diri kau as top?"

Itt terbaring lemah di atas katil.

"Sial! Jangan salah paham. Aku masih top. Kau yang tipu dan ambik kesempatan pada aku sebab aku tak boleh bangun dari katil. Kau tunggu dan lihat saja, nanti. Aku pasti akan balas...."

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now