"Ok.. go ahead dan bagitau mak kau apa yang aku kata. Aku pun bole cerita dengan mak kau apa yang anak dia dah buat kat sini. Aku akan bagitau dia macamana anak dia crossing the line, ceroboh my privacy dan macamana perangai kau behind her back." Day berkata dengan nada yang tenang, tidak mempedulikan kemarahan gadis itu.
"You are the worst!" Jerit wanita itu sebelum berlari keluar dari bilik Day. Itt segera menolak dada Day untuk bangun.
"Day...kau gila! Macam mana kau boleh cakap dengan dia macam tu?" Itt segera menjerit.
"Kata aku...tadi...bukan ke kau nyaris hempuk dia kotak kek kat kepala masa dapur." Day berundur sedikit sambil mengejek Itt.
"Kau tak rasa kasar sangat ke macam ni? Maybe... kau terlalu kasar dengan dia?" Itt berhujah
"Hmm.. ye ke?" Day menjawab di kerongkong .
Itt sedang duduk di atas katil dengan riak wajah yang keliru.
"Benda ni akan timbulkan masalah tak untuk kau? " Itt bertanya dengan riak wajah yang risau.
"Whatever. Lagipun, aku close jugak dengan mak dia, dan aku tahu dia tidak akan back up kalau anak dia buat perangai pelik-pelik. " Kata Day.
"So, maksudnya...dia takkan benarkan anak dia buat ikut suka hati dia je la, kan?" Itt bertanya
"Kenapa kau nak tahu? Kau dah tak mengantuk?" Day bertanya, Itt berhenti sebelum meletakkan tangan di mukanya.
"Ngantuk? Aku tak mengantuk!" Itt cepat menafikan.
"So.. Kau lapar ke?" tanya Day kembali.
"Haah, lapar." Balas Itt dengan segera kerana dia memang lapar. Day tersenyum mendengarnya.
"Jangan eksyen lagi, jom turun makan. Makanan banyak, jom ajak orang lain makan sama-sama. " Kata Day
Itt bangun dari katil dengan cepat dan berlari turun ke bawah, Belle yang sedang menaiki tangga hampir bertembung dengan mereka berdua.
"Nong Day, apa dah jadi? Tadi aku nampak Oli lari keluar kedai dengan mata merah." Belle segera bertanya, ingin tahu.
"Takde apa, Belle." Day menjawab
"Ah... lebih baik aku tanya Nong Itt , Nong Itt... apa yang jadi? Phi penuh dengan rasa ingin tahu ni." Kata Belle dengan nada drama, serta-merta membuatkan Itt ketawa.
"Tiada apa-apa, cuma cara Day tegur tadi agak keras dengan dia." Itt berkata, dan Belle mengerutkan kening.
Dia tidak percaya tetapi tidak bertanya apa-apa lagi.
"Oh, P'Belle, Phi dah makan ke? Jom makan dengan kami kat dapur? Ada banyak makanan, Ai'Day dan saya tak boleh nak habiskan. " Kata Itt, berfikir bahawa Day selalunya tidak mengambil berat tentang sesiapa melainkan dirinya sendiri, keluarga dan rakan-rakan dekatnya.
"Oh, okay. Nong Beam pun belum makan lagi, dan nanti kami berganti supaya dia boleh makan." Kata Belle.
"Nanti beritahu yang lain, datang makan di dapur berganti-ganti. "kata Day lagi sebelum masuk ke dapur.
"Ok...kami pergi makan dulu, P'Belle." Itt berkata, tetapi Belle memegang lengannya.
"Kejap! Apakes tadi? Phi dengar kau menjerit kat dapur. Lepas kau naik atas, Phi nampak Day ikut kau. Dia marah kau ke?" Tanya Belle kepochi, Itt tersentak kerana malu, dan dia terlupa bahawa dia di kedai dengan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan Day .
"Eh... takde apa! Saya cuma tercakap kuat sikit." Itt, memberi alasan.
"Kau jangan nak tipu Phi, macam aku tatau kepala angin Day tu. Phi cuma nak tahu sama ada Day marah kau." Belle bertanya lagi, dan Itt memiringkan sedikit kepalanya.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomantikNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...