Selepas menjerit kepada Day, Itt mendiamkan diri sepanjang perjalanan, dan tidak mahu menoleh pun ke arah Day.
"Aku tak balik malam ni...kau tidur sorang." Beritahu Day, memecahkan kesunyian.
Itt masih membatu. Diam. Day berkalih untuk melihat Itt.
"Kau dengar tak apa aku cakap?" tanya Day perlahan.
Itt masih mendiamkan diri.
Day menghentikan keretanya secara mengejut.
"Itt..." jerkah Day.
"Ah...aku dengar lah." Cepat Itt menjawab, tapi mukanya masih memandang ke bawah.
Day mengcengkam lengan Itt, menyebabkan Itt berkalih memandang Day.
"Apa masalah kau?? Aku dah la tengah bad mood! Kau pulak buat perangai, cabar aku macam ni." Tengking Day sekali lagi.
Itt hanya mampu memandang Day. Matanya terasa sesuatu.
"I'm fine! Kau tak yah cakap aku provoke kau...sebab apa aku buat pun semua provoke kau. Kalau aku tidur pun kau kata aku provoke kau. Aku tak buat salah pun, dan aku tak buat apa-apapun yang kau nak kata aku langgar arahan kau." Jerit Itt kembali, melepas geram.
"So, maknanya...kau tak langgar arahan aku?" tanya Day..
"Kau memang sentiasa dictator...kuku besi. Boleh ke aku ke mana-mana tanpa kau? Kau tinggal aku kat rumah sorang-sorang. Kalau orang datang, kacau aku, usik aku or rogol aku pun...aku mesti tunggu situ sampai kau balik, kan? Sinis Itt membalas Day. Day menjeling mendengar kata Itt.
"Huh...siapa yang nak rogol kau tu? Dan...kau mungkin suka pun, kan?" perli Day.
Itt berkalih melihat ke arah Day dengan perasaan yang sangat marah.
"Tapi...selagi kau masih aku yang punya, aku takkan share barang aku dengan sesiapa pun." Jawapan Itt membuatkan Itt terkedu.
Itt memikirkan kata-kata Day.
{ Apa maksud dia?} Itt tak mahu buat kesimpulan sendiri dengan beranggapan yang dia kini orang Day.
Apa yang dia tahu, selagi situasi mereka masih sama, Day takkan membiarkan orang lain untuk mengapa-apakannya. Tapi, apabila mendengar itu kata-kata keluar mulut Day, Itt cepat-cepat berkalih ke arah lain. Dia terasa sesuatu bergetar di hatinya. Pelik. Dan tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.
"Kalih sini." Kata Day lagi, tapi Itt yang sedang melayan perasaan dengan kata-kata Day menyebabkan dia tak mendengar suara Day.
"Aku suruh kau kalih sini, kan? Kenapa degil sangat ni?" Jerit Day, menarik tengkok Itt ke arahnya.
"Sakiiiit lah, tak boleh kah kau berlembut sikit dengan aku?" Rungut Itt. Matanya menjengil Day, geram.
Day mengerling ke arah Itt sebelum sebelum tangan lagi mengusap pipi Itt yang licin, tapi jelas kelihatan bekas tapak tangan Day akibat tamparan tadi, dia tersenyum sinis.
"Kau senyum apa?" tanya Itt.
"Tak de apa, cuma aku rasa...cantik jugak corak bekas tapak tangan aku kat pipi kau ni." Kata Day sambil melepaskan cengkamannya di tengkok dan muka Itt.
{Psikopat.} bisik Itt.
"Jangan ingat aku tak dengar, Itt." Kata Day. Itt terdiam. Day menyalakan rokoknya dan menurutkan cermin tingkap kereta.
"So, kau tak balik kondo malam ni?" tanya Itt kembali apabila melihat Day masih belum memulakan enjin kereta, Day berkalih dan melihat ke arah Itt.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...