"Aku tak sangka kau akan bangun selewat ini!" Kata Belle. Salun sudah dibuka, dan sudah ada beberapa orang pelanggan.
"Ada anything untuk dimakan, Belle?" tanya Day
"Ada, aku dah prepared. Ada kat dapur." Belle berkata sambil ketawa ringan.
Itt kelihatan terkejut, tetapi dia tidak berkata apa-apa kerana dia fikir Belle sedang mengusiknya.
"Jom makan dulu!" Day berpaling memberitahu Itt, lalu mereka berdua pergi ke dapur.
"Belle!!" Day menjerit dan muka Itt bertukar merah. Belle berlari ke dapur.
"Ada apa? Belle bertanya
"Kau beli apa? Kau main-main ke? Aku boleh faham sarapan telur rebus.. tapi sampai sepuluh biji telur rebus? Kau belikan untuk aku makan, atau kau nak suruh aku mengeram?" Day menjerit tiba-tiba
"Oh,Nong.. Aku takut kau dan Itt habis kekuatan, so... aku cari la something untuk replenish tenaga kau dan Nong Itt!" ujar Belle membuatkan muka Itt merah padam kerana dia tahu maksud kata-kata Belle itu.
"Jangan pandang aku macam tu, makan.. makan. Aku pergi sambung layan pelanggan aku." Kata Belle lalu segera melarikan diri. Itt mengerling Day, yang masih berdiri di situ dengan muka berkerut.
"Em.. kau nak makan tak?" Itt bertanya lembut
"Hm...Makan." Day berkata sebelum duduk untuk makan bubur dan telur yang dibawa Belle untuk sarapan.
Selepas kenyang makan, Day pergi berjumpa dengan pelanggan manakala Itt datang membantu mengutip duit di kaunter, sebagai juruwang. Malam tadi, dia menggunakan tenaga yang sedikit dek dibuli Day dan hanya tidur selama beberapa jam. Selalunya Itt akan menyambung tidur untuk
berehat, tapi tidak hari ini. Tidak lama kemudian, Day tidak mempunyai pelanggan untuk dilayan, jadi dia berjalan ke Brick."Itt.. Itt!" Day menggoncang perlahan lengannya sehingga dia mengangkat kepalanya. Itt terlelap.
"Apa?" Itt bertanya
"Kalau kau mengantuk, naik la atas dan berehat. Kenapa kau tidur sini?"
"Aku bosan, aku nak jalan-jalan. Kat sini ada mall ke?"
"Kau nak beli apa?" Tanya Day.
"Aku takde nak beli apa-apa. Cuma nak jalan-jalan."
"Saya boleh ikut P'Itt." Cadang Beam.
"Tak perlu, Beam. Kau tengah kerja,kan." Itt membalas
"Aku bawak kau pergi mall. Tapi kena tunggu sampai aku settle kan rambut sorang customer VIP ni. Kita boleh makan tengah hari sekali, dan kita akan membawa Beam bersama-sama." Kata Day, Itt tersenyum kecil.
"Ok, aku tunggu!"
📲 Kringggg.. Kringggg
Telefon Itt berbunyi. Day memandangnya. Itt mengambil telefon untuk melihat sebelum wajahnya memerah sambil memandang Day.
"Siapa?" Day bertanya perlahan.
"Pete." Brick berkata perlahan. Day mengambil telefon Brick untuk melihat nombor.
"Kau tak simpan nombor dia, tapi kau boleh ingat nombor dia?" tanya Day.
"Day, saya baru ingat nombor. Apa salahnya?" Itt berkata dengan suara yang tegas.
"Belle.." panggil Day
"Ada apa-apa yang boleh aku bantu?" tanya Belle sambil tersenyum kecil.
"Tolong receive call ini. Kau boleh beritahu dia apa sahaja yang mungkin mengconfusekan dia. Buat sampai dia tak call balik." Kata Day
sambil menghulurkan telefon Itt kepada Belle. Belle memjawab panggilan dari Pete.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...