"Itt, meh sini." Satu suara yang dalam kedengaran.
Itt yang sedang duduk di sofa ruang tamu sedang berbual di telefon tersentak.
"Kejap, aku tengah bercakap dengan Nick!" Itt menjerit kembali.
"Kalau kau tak end call dalam masa lima minit, aku akan cancel trip ni," Day menjerit kembali.
"Nick, aku kena tutup telefon. Laki aku mengamuk. Sayanglah kau tak boleh ikut aku." Itt memberitahu rakannya sebelum menutup telefon.
Itt masuk ke dalam bilik tidur dan mendapati Day duduk tidak bergerak di kaki katil.
"Boleh tak kau tunggu cuma beberapa minit lagi? Aku cuma nak bincang something dengan Nick. Aku akan pack barang sekarang." Itt bergumam geram.
Day memandang muka Itt dengan bengis.
"Aku tau kau akan pack barang-barang kau, tapi kau tahu tak apa yang kau nak bawak? Aku tahu kau nak cakap dengan that little bastard, tapi kita bersiap. Esok kita dah sibuk." Day merungut.
"Yelah...yelah...Aku pack beg sekarang!" Kata Itt, dia pergi mengambil barang yang perlu dan memasukkannya ke dalam beg.
"Pergi mandi dan tidur. Esok kita nak bertolak awal!" Kata Day lagi.
"Day, kau tak ajak sesiapa ke trip kalo ni?" Tanya Itt sambil memanjat katil di sebelah Day selepas mandi.
"Kau tak nak ikut aku ke?" Tanya Day sambil menarik Itt ke dalam pelukan.
"Mestilah nak, cuma macam pelik sikit. Selalunya, aku celebrate dengan kawan-kawan aku. Bila celebrate berdua saja, aku rasa macam pelik." Kata Itt.
"Kalau nak celebrate dengan kawan-kawan kau kat sini pun boleh... aku tak kisah!" Day bercakap dengan tenang.
Itt segera memandang orang yang sedang memeluknya.
"Well... aku nak ikut kau. Kau sanggup cuti dari kerja, dan kau dah plan awal-awal lagu untuk celebrate birthday aku.. Mana mungkin aku tak pergi?" Itt berkata sambil tersenyum.
"Kau banyak cakap, jom kita tidur!" Day memotong perbualan kerana dia tidak mahu Itt terganggu lebih daripada itu.
Dia menghulurkan tangan untuk menutup lampu tepi katil sebelum mereka berpelukan sehingga mereka tertidur.
Hari berikutnya...
"Itt, pergi tidur dalam kereta! Cepat... ambil barang dulu!" Day berkata, berjalan dengan Itt di belakang dan
mengantuk membawa begnya ke kereta."Tunggu... aku datang.. emm!" Ujar Itt sambil menguap, sebelum memasukkan barang-barangnya ke dalam bagasi dan meletakkan begnya di tempat duduk belakang kereta.
Itt meninggalkan Day untuk mengemas kereta seorang diri, dia membuka pintu kereta untuk duduk dan terus menyambung tidur. Day memandang kekasihnya dan menggeleng sambil tersenyum.
***Memang passenger princess sungguh Itt ni 😅***
"Aku bagi can sebab ni birthday kau!" Rungut Day.
Apabila semuanya sudah siap, Day ke tempat duduk pemandu dan segera memandu pergi. Dia ingin sampai ke destinasinya sebelum tengah hari.
"Day, aku lapar!" Itt berkata.
Day yang sedang memandu segera menoleh memandangnya.
"Buka mata kau!" Day berkata, tidak serius sangat.
"Aku lapar sangat. Kita kat mana dah?" Tanya Itt sambil memandang ke luar kereta.
"Kita di Kan City. Jom pergi Seven beli, kita makan dalam kereta. Tak nak buang masa. Nak pergi book tempat dulu. Maklumlah dalam tempoh ni ramai orang yang melancong. ." Kata Day.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...