Bab 20

146 3 0
                                    

"Ada apa P'Day?" tanya Night dengan kening yang ternaik, abangnya kelihatan seperti risau.

"Tak de apa. Okay lah, Phi nak tidur." Day menepuk lembut kepala adiknya dan bangun untuk meninggalkan bilik, namun kakinya terhenti di depan pintu bilik Night.

"P'Day ada masalah?" Night bertanya sekali lagi kerana dia bingung dengan perangai abangnya malam ni.

"Night, boleh tak Night duduk rumah sorang-sorang malam ni? Phi nak pergi pada Neil." Day menggunakan Neil sebagai alasan.

"P'Neil? Kenapa dengan dia?" tanya Night terkejut.

"Dia tak sihat. Night pun tahu, dia kat Thailand ni sorang-sorang, kan. Phi risau kalau jadi apa-apa padi dia lewat-lewat malam ni. So, Phi ingat nak jaga dia malam ni." Jawab Day.

Neil silap-silap tengah syok lepak layan TV kat dalam bilik dia, tak sangka di jadikan alasan Day kepada Night.

"Then, P'Day pergilah kat P'Neil. Jangan risaukan Night. Night ok. Night boleh jaga diri." Dengan cepat Night memberikan persetujuan.

Day memandang adiknya dengan perasaan yang bersalah, sebelum mendekati adiknya dan mencium lembut dahi adik kesayangannya.

"Sorry, sebab Phi tinggalkan Night sorang-sorang."kata Day.

"It's okay. Jangan risau. P'Day pun dah banyak susah sebab Night." Night tak mahu abangnya berfikir banyak.

"Phi pergi dulu, call Phi kalau Night perlukan apa-apa." Pesan Day dan Night menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Day kembali ke biliknya untuk menukar pakaian, menyiapkan beberapa barang dan bergegas turun. Sebaik masuk ke dalam kereta, baru Day sedari yang telefon bimbit Itt berada dia tempat penumpang, patutlah semua panggilannya tidak berjawab. Day mengeluh dan memandu ke kondo.

Sebaik memasuki bilik, Day melihat ke meja kecil tepi katil dan mendapati bubur yang Neil belikan masih belum berusik dan sama nasibnya dengan ubat. Day geram kerana Itt tak bangun untuk makan bubur dan ubat. Day duduk di sisi Itt dan pelan-pelan menanggalkan gel penyejuk, ubat demam.

"Demam lagi." Rungut Day apabila dia menyentuh dahi Itt, terasa badan Itt masih panas.

Day bangun untuk mendapatkan tuala dan air sejuk untuk mengelap badan Itt, untuk menurunkan suhu badannya yang panas. Sebaik dia mula mengelap, Itt membuka matanya.

"Jangan tanggalkan baju aku." Itt menghalang dari bajunya ditanggalkan.

"Duduk diam-diam," kata Day.

Itt berkalih dan mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas, kerana dia tak nampak dengan jelas siapa yang sedang mengelap badannya.

"Huh...Day." Panggil Itt perlahan sambil matanya terpejam kembali.

"Ye...aku. Kenapa kau tak bangun makan bubur dan makan ubat?" marah Day dengan suara yang garang, namun tangannya tetap terus membersihkan badan Itt.

"Huhmmm." Itt menggelengkan kepalanya dengan suara yang seakan tidak mahu keluar pun dari tekaknya.

"Degil. Dah...bangun dan duduk. Sekarang." Arah Day.

Itt bangun duduk dengan mata yang masih dipejamkan. Day menanggalkan baju yang dipakai Itt. Kulit Itt yang licin kini di penuhi dengan bekas gigitan dan tanda ciumannya, pasti sebab ini lah Itt tak membenarkan Nick untuk mengelap badannya. Day terus membersihkan badan Itt. Dan selepas selesai mengelap keseluruhan badan Itt, Day memakaikan pakaian bersih pada Itt. Badan Itt sangat panas sehingga Day dapat merasakannya bahang habanya.

Day menepuk lembut pipi Itt sebagai amaran. Itt membuka matanya dan menggaru pipinya yang di tepuk Day tadi.

"Damn....sedap pulak tampar dia ni." Day menahan geram.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now