Itt akhirnya selesai membersihkan kondo selepas beberapa lama. Apabila dia masuk ke dalam bilik tidur, dia melihat Day sedang tidur, menyebabkan dia kecewa kerana menyangkakan Day menunggunya.
"Apa ni? Kau dah tidur lena!" Itt merungut tetapi terus membersihkan sehingga semuanya bersih. Itt duduk di sofa di ruang tamu dan melihat jam. Dia melihat sudah pukul tiga petang.
"Aku lapar. Apa aku nak makan ni?" Ujar Itt sebelum masuk ke dapur. Apabila dia membuka peti ais, dia mendapati peti ais itu kosong, hanya ada air.
"Apa ni? Day, kau dah kosongkan peti ais ke? Alamak!" Kata Itt sebelum memikirkan sesuatu.
"Kalo gitu, aku kena keluar pergi beli baranglah. Once dia bangun, aku suruh dia masakkan aku sesuatu untuk dimakan. Aku akan salahkan dia biarkan aku bersihkan rumah sendiri." Itt memberitahu dirinya sambil tersenyum.
Itt berjalan perlahan untuk mendapatkan dompetnya dan menyelinap keluar. Dia tidak mahu membangunkan Day kerana dia tahu Day letih setelah memandu sekian lama, tidak seperti Itt yang tidur sepanjang perjalanan mereka. Itt meninggalkan kondo untuk ke pusat membeli-belah berhampiran. Itt menolak troli dan mengambil produk segar.
"Mana satu aku kena pilih.. dan apa yang aku kena beli? Aduiiiiii! Macam tak percaya!" Itt memarahi dirinya sendiri apabila dia menyedari bahawa apabila dia pergi membeli-belah dengan Day, Day lah yang memilih semua barangan segar. Dan Itt mengambil kesempatan untuk tidak peduli.
"Ke mana kau menghilang, Itt?" Satu suara memanggil. Itt menoleh dan melihat Pete di belakangnya.
"Macam mana kau boleh sampai ke sini?" Itt bertanya, terkejut.
"Aku datang untuk makan, tiba-tiba aku ternampak kau . So, aku datang untuk tegur!" Balas Pete. Itt memandang dengan tidak percaya.
"Satu kebetulan?" Itt bertanya terus terang.
"Yeah, tapi apa yang kau buat di sini?" tanya Pete
"Aku beli barang!" Balas Itt sambil terus menolak troli untuk memilih barang.
"Kau sorang-sorang?" Pete mengikut dan bertanya.
"Kau ada nampak anyone dengan aku?" Itt menjawab, gembira kerana Day tidak bangun. Jika tidak, pasti ada berantam lagi dengan Pete.
"Kenapa kau shopping groceries jauh dari rumah?" Kata Pete, menyebabkan Itt sedikit beku.
"Aku datang visit kawan then aku singgah beli barang!" Itt berkata kerana dia tidak mahu Pete tahu dia telah berpindah bersama Day di kondo berdekatan.
"Huh, kawan, atau orang yang baran itu?" Tanya Pete dengan suara yang agak keras.
"Nah, sama ada aku datang cari dia atau tak, apa kena mengena dengan kau? Jangan banyak tanya. Bukan ke kau kata kau ada sini untuk makan? Kenapa kau ikut aku?" Kata Itt dengan nada geram.
"Aku tengah cari kawan untuk makan bersama, jom makan dengan aku! Aku tak sepatutnya ganggu private time kau dengan Ai'Day." Kata Pete, menyebabkan Itt berhenti.
"Jangan sindir aku, Pete!" kata Itt sambil merungut. Dia fikir dia pun tengah sangat lapar dan menunggu Day untuk bangun dan masak akan mengambil masa yang lama, dan kini Itt belum membeli apa-apa.
"So, apa masalahnya? Kau nak pergi ke tak?" Tanya Pete lagi sedikit teragak-agak.
"Aku nak makan, tapi aku tak boleh lambat sebab aku kena cepat beli barang dan balik." Itt berkata.
"Kau takut Day?" Pete berpura-pura bertanya. Itt menoleh menjeling apabila Pete ketawa perlahan.
"Ok ok, aku tak kan cakap macam tu lagi, jom!" Pete segera menarik lengan Itt dan berlalu pergi. Mereka meninggalkan troli di pasaraya, mereka memilih untuk duduk dan makan di medan selera. Apabila mereka selesai, Pete menawarkan untuk membantu membeli barangan runcit segar. Itt biarkan dia kerana itu akan menjadi lebih cepat.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...