Special - Loy Krathong 🎍

81 2 0
                                    

🎍 Sedikit makluman tentang perayaan Loy Krathong.

From : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Loy_Krathong

Perayaan tersebut adalah bagi penganut Buddha (keturunan Siam) menunjukkan rasa berterima kasih kepada Dewi Air dengan melancarkan beribu-ribu bekas berbentuk bunga teratai yang dihiasi dengan bunga, duit syiling, lilin dan colok.

Penganut Buddha (keturunan Siam) percaya bahawa Krathong mampu menghanyutkan dosa, nasib malang, dan penderitaan apabila dibebaskan ke dalam laut.

.......

"Hari, esok Loy Krathong. Kita nak pergi mana?" Itt bertanya sambil menonton TV di ruang tamu, dan Day berada di dapur.

"Aku tak nak pergi!" Balas Day pendek, membuatkan Itt kaku.

"Tapi aku nak pergi, dan kau kena bkau aku!" Balas Itt.

"Ramai orang. Serabut!" Day berkata lagi.

"Kalau macam tu, aku pergi dengan Nick!" Kata Itt geram sebelum mengambil telefonnya dan mendail.

Day berjalan keluar dari dapur dan berskaur pada pintu, memkaung Itt.

📱"Kau ada kat kondo Neil? Meh sini!" Kata Itt kepada kawannya.

📱"Hm...ok, cepatlah!" Kata Itt lagi sebelum menamatkan panggilannya.

Itt menoleh memandang Day yang berdiri di situ memandangnya dengan muka merajuk. Day menggelengkan kepalanya sebelum berlalu dan duduk di sebelahnya. Itt beralih sedikit dan merenung tv, tidak memandang Day.

"Bertenang!" Day berkata dengan tenang.

Itt menggeram di kerongkongnya tanpa berkata apa-apa, dan selepas beberapa saat, loceng pintu berbunyi. Itt meluru membuka pintu dengan segera.

"Nick, aku ikut kau esok!" Itt tergesa-gesa memberitahu rakannya.

"Kau nak pergi mana dengan dia?" tanya Neil, yang mengikuti Nick.

"Kenapa kau nak tahu?" Nick bertanya

"Huh, aku husband kau, dan oleh sebab tu, aku perlu tahu." Balas Neil. Itt memandang Day dari ekor matanya sebelum berpaling.

"Apahal ni, Day? Apa yang kau dah buat pada kawan aku?" tanya Nick berseloroh.

"Kau tak yah tanya dia!" Itt berkata.

Neil berjalan menghampiri dan duduk bersama Day, mengangkat kening sedikit, bertanya sama ada dia bertengkar dengan Itt.

"Jangan degil, Itt. Kau budak-budak ke? Aku memang fussy hal macam ni!" Day berkata, suaranya serak.

"Ya, aku memang budak-budak! Siapa yang nak jadi dewasa macam kau?" Balas Itt sambil mengheret Nick ke bilik tidur, meninggalkan Neil dan Day ke ruang tamu.

"Apa kes?" tanya Neil

"Dia minta aku bkau dia pergi Loy Krathong esok." Day menjawab, dan Neil ketawa.

"Aku punya little bastard pun bising nak pergi juga!" Neil berkata.

"So, kau pergi?" Tanya Day kepada kawannya

"Aku akan bawak dia, kalau tak, confirm gaduh.  Bukan kau tatau perangai shorty tu...dia punya keras kepala bukan macam Itt yang ikut je apa kau cakap." Kata Neil.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now