Tahun Baru Thai (: สงกรานต์ Songkran, dari istilah sankrānti "pergerakan astrologi") disambut sekitar – setiap tahun di , seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di dan .
Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim. Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand. Pada tahun 1888, tarikh tahun baru dialih ke 1 April dan pada tahun 1940, 1 Januari pula menjadi tarikh tahun baru rasmi. Semenjak itu, sambutan tahun baru Thai masih dijadikan cuti umum.
Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Malaysia turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April.
Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kebetulan pesta Songkran ini adalah jatuh pada hari yang terpanas dalam satu tahun.
..........
"Itt, pack masuk baju kau dalam beg." Suara Day kedengaran ketika Itt sedang duduk di ruang tamu sambil menonton TV.
Dia segera menoleh untuk melihat.
"Kita nak pergi mana?" Itt bertanya ingin tahu
"Kita nak pergi kedai di Kan esok!" Day menjawab.
***Kan = Kanchanaburi***
"Buat apa?" Itt bertanya.
Day menoleh memandangnya dengan mata yang tajam.
"Banyak pulak soalan kau... bukan ke ada perayaan nak datang? Selalunya kau yang super excited dengan setiap perayaan?" Day berkata perlahan.
"Kita nak celebrate SongKran kat sana?" Itt bertanya, dan Day mengangguk.
"Kenapa kau buat muka macam tu? Kau tak nak pergi ke?" Tanya Day perlahan, melihat wajah Itt yang teragak-agak.
"Well, aku nak main kat Khaosan Alley." Itt menjawab lembut kerana setiap tahun dia akan bermain dengan kumpulannya.
"No!" Day menjawab, dan Itt segera memuncungkan mulutnya.
"Aku nak main kat Bangkok!" Itt berterusan mempertahankan untuk meraikan di Bangkok.
Day memandangnya kosong.
"Kalau kau nak balik Kan, pergi balik sorang!" Itt berkata dengan geram kerana dia fikir Day akan mengikutnya pula.
"Ok!" Balas Day dengan nada tak berperasaan, menyebabkan Itt tersenyum.
"Aku balik sorang, kau boleh tinggal sini dengan kawan-kawan kau!" Kata Day sebelum keluar dari bilik.
Senyuman Itt hilang hampir serta-merta dan tergesa-gesa mengikut Day ke bilik tidur. Day sedang mengambil beberapa pakaian untuk dilipat dan dimasukkan ke dalam beg.
"Day, kau betul-betul nak balik Kan sorang ke?" Itt bertanya hanya untuk mendapatkan kepastian sambil memikirkan sama ada Day sedang mempermainkannya atau tidak.
"Hmm.. Jom siap...pergi tukar baju, aku nak bawak kau mandikan kepala ibu dan ayah." Day menjawab perlahan.
"Huh, kau nak pergi hari ni?" Itt bertanya lagi apabila dia melihat bahawa hari ini baru 12 April.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...