Bab 10

174 5 0
                                    

"Diakan kawan aku, it's normal to worry." Itt membalas perlahan, bimbang menjadi punca kemarahan Day lagi.

"Kawan? Huh?" ejek Day.

Itt langsung tak faham dengan perangai Day. Day bangun untuk mengemaskan makanan mereka ke dapur. Itt nak sangat telefon Nick semula, namun tak berani sebab risau, apa pulak yang Day akan buat padanya. Itt cuma mampu berharap yang Day takkan mengapa-apakan Nick.

"Itt...." Jerit Day dari dapur, menyebabkan Itt ketakukan.

"Apa?" Itt menjerit balik, Day meluru keluar dari dapur.

"Kau dah habiskan kek?" tanya Day, garang. Itt tersentak. Risau.

"Welll.....umm...ya. Aku dah habiskan." Itt mengaku, pelan. Risau dan takut.

"Kalau perut kau sakit, jangan menangis." Komplen Day.

{Huh...dia risau kan aku ke?} Itt keliru.

📲 Kringgggg... Kringgggg...

Telefon bimbit Itt berdering. Itt sedikit meremang apabila melihat Day berkalih melihatnya.

"Siapa yang call?" tanya Day, perlahan.

"Nick." Jawab Itt, cuba berlagak tenang.

"Bagitau dia, someone will pick up wallet kau. Kau tak sihat nak turun sendiri. Suruh dia tunggu kat signboard depan kondo." Arah Day.

"Day, Nick takde kena mengena dengan cerita kita." Beritahu Itt, cepat-cepat.

"Kau ingat aku nak buat apa pada dia? Jawab je telefon macam aku bagitau." Tengking Day.

Mahu tidak mahu, Itt terpaksa juga menjawab panggilan telefon Nick.

"Um...Nick...kau dah sampai? Kau park depan kondo. Nanti kawan aku turun bawah tolong ambilkan wallet aku. Aku tak berapa sihat, tak larat nak turun. Tak...tak de apa-apa...um...thanks weii." Kata Itt sebelum menamatkan panggilan Nick dan memandang semula ke arah Day.

"Aku dah bagitau dia." Beritahu Itt kepada Day.

"Ok. Tunggu sini, aku pergi ambil." Jawab Day, sambil mengambil telefon bimbit Itt dan melangkah keluar pintu bilik.

Itt memerhati dengan rasa cemas. Day meningalkan unit mereka dan berjalan ke depan kondo seperti yang di beritahu kepada Nick sambil mencari kereta yang di parkir. Apabila dia ternampak kereta yang pernah dilihatnya, Day berjalan ke arah sisi pemandu dan mengetuk cermin kereta. Dengan pantas Nick menurun cermin kereta. Day tenang.

"Kau kawan Itt? Nick?" tanya Day sambil meneliti Nick.

"Hm...dan Itt? Kenapa dia tak turun ambik sendiri?" tanya Nick.

"Dia tak sihat, tak bole turun bawah. Bak sini wallet dia, aku ambilkan untuk dia." Beritahu Day.

"Boleh aku naik tengok Itt?" tanya Itt sekali lagi.

"Tak, dah lewat! Kenapa kau nak naik atas?" suara Day mula kedengaran kasar dengan riak muka tak puas hati.

"Oh...tak de apa. Nah...wallet dia." Jawab Nick sambil menghulurkan waller Itt kepada Day.

Day menyambar wallet Itt dan terus bergegas naik ke atas. Dia tidak menunggu untuk mendengar apa yang Nick nak katakan.

"Apa Neil kata? Nick husband Itt? Hahahah... Kalau dia kata Itt husband Nick...lebih lojik." Omel Day sendirian di dalam lif, selepas berjumpa Nick. Day kembali ke unit kondonya, Itt cepat-cepat berkalih apabila Day menghulurkan dompet Itt kepadanya.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now