NICK >> You finally know your heart, Itt.
ITT >> Kau jangan macam-macam. So, kau nak tolong aku ke tak?
NICK >> Sok kita discuss kat kolej. Aku nak kena cari ilham dulu.
ITT >> Okey
Itt menjawab ringkas sebelum mengepam tandas, berpura-pura selesai dengannya, dan memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Sebaik dia keluar dari tandas, dia mendapati Day sedang menunggu dan memandangnya di hadapan pintu.
"Kau buat apa tunggu aku sampai kat sini?" Itt berkata sebelum berjalan untuk mencuci tangannya dan melihat Day melalui cermin.
Cuba berlagak sehabis tenang.
"Kau dah selesai? Boleh kita balik?" tanya Day
"Dah, tapi sebelum kita balik, boleh tak kita cari makan dulu, aku lapar."
"Jom balik, aku nak masak. Ada barang basah dalam fridge, aku tak nak membazir." Kata Day dengan suara yang lembut. Mata Itt terbeliak terkejut.
"Betul kau nak masak?" Itt bertanya sambil tersengih.
"Ya. Or kau nak masakkan untuk kita?" Day bertanya balik, dan Itt pantas menggelengkan kepalanya
"Never, aku tak reti masak!"
"Aku tahu.. sebab tu aku kata aku nak masak. Kau boleh tengok dan belajar." Kata Day, sebelum berjalan ke kereta. Itt berlari mengikutnya.
..........
"Kenapa kau senyum?" Tanya Day sambil memandu pulang ke kondo. Dia melihat Itt sedang duduk sambil tersenyum kecil di sepanjang jalan.
"Oh, aku terfikirkan sama ada kau pernah masakkan aku anything tak sebelum ni!" Kata Itt.
Day terdiam. Apabila mereka berdua
sampai ke dalam bilik, Day segera pergi ke dapur."Pergi mandi sementara aku nak masak."
"Boleh aku mandi nanti?" Tanya Itt, dan Day segera menoleh memandangnya.
"Aku nak tolong kau. And kau boleh ajar aku." Itt berkata perlahan
"Kalau kau nak tolong aku, tapi kau akan buat aku lebih penat daripada sebelum ini." Rungut Day membuatkan Itt berkerut.
"Okay, kau boleh tolong aku. No big deal!" Day mengubah fikiran melihatkan Itt berkerut, membuatkan Itt tersenyum.
"So, apa yang kau nak aku buat?"
"Pergi masak nasi, tong beras sebelah fridge " Said Day dan Itt segera melakukan seperti yang diperintahkan.
"Jangan lupa basuh beras dulu." Kata Day apabila melihat Itt memasukkan beras ke dalam periuk.
"Macamana nak basuh beras?" Itt bertanya, keliru. Day mahu menepuk dahi mendengarnya.
"Itt, masak nasi pun tak tahu? Basuh beras, masukkan dalam periuk, masukkan air sikit."
"Oh." Itt membalas sebelum melakukan seperti yang dikatakan oleh Day. Day menyediakan barang-barang basah, memandang Itt takut dia akan tersilap langkah.
"Kau buat apa?" Itt bertanya
"Chicken sweet sour boiled in seaweed without salt. Mackerel masak Chu Chee," kata Day, dan Itt mengangguk tanda mengiakan, meletakkan nasi untuk dimasak kemudian beralih kepada Day.
***Masak chu chee tu kalo google, nampak macam masak sardin 😅***
https://hot-thai-kitchen.com/choo-chee-mackerel/
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...