Bab 35

116 4 0
                                    

"Apa kau cakap tadi? Kau tak malu ke?" Itt menjerit sebaik duduk di dalam kereta, selepas membeli kek untuk pergi ke rumah Night.

"Salah ke apa yang aku cakap?" Day bertanya perlahan, membuatkan Itt tersipu-sipu.

"Kau tak suka aku cakap macam tu? Kalau kau tak suka, lain kali aku tak cakap apa-apa. Aku cakap kau just a friend, okay?" Day berkata dalam nada biasa. Itt berhenti seketika sebelum menoleh ke luar kereta.

"Aku tak marah.." Kata Itt perlahan. Day memandangnya sedikit.

"Cuma, aku malu bila kau buat macam tu. Biasanya kau bukan jenis yang open macam ni." Itt meluahkan apa yang dirasakan ya tetapi tidak memandang Day yang sedang tersenyum kecil.

"So, aku boleh sebut ke tak?" Day berpura-pura bertanya. Muka Itt merah padam.

"Well.. emm.. ikut kau lah." Kata Itt tergagap-gagap.

Tidak lama kemudian, Day tiba di rumahnya. Night keluar dengan senyuman dan membuka pintu pagar. Itt berasa sedikit pelik kerana dia tidak biasa dengan Night. Dia keluar dari kereta, dan dia terkejut melihat Gear turut keluar dari keretanya.

"Kenapa kau pun ada sini?" Itt bertanya kepada rakannya dengan nada yang tergagap-gagap. Dia belum bersedia untuk berjumpa teman-temannya.

"Lah, ini rumah bini aku, kenapa aku tak boleh datang. Lagipun Night ajak aku makan." Kata Gear memandang Day.

Day tidak berkata apa-apa. Dia mengeluarkan barang-barangnya dari kereta dan segera masuk ke dalam rumah, meninggalkan dua kawan baik itu untuk bercakap.

"Kau tengok apa?" Itt bertanya

"Nothing, aku just tak percaya yang kau dah jadi bini Day. Is there anything yang kau sembunyikan dari aku?" Gear bertanya ingin tahu.

"Tak, mana ada aku sembunyikan apa-apa!"

"Dah tu... kenapa kau tak bagitahu aku dari awal lagi yang kau dengan Day dah couple? Dah berapa lama kau dating dengan dia?" Gear meminta rakannya untuk memberitahu perkara sebenar, tetapi Day kembali. Itt berasa lega kerana dia tidak perlu menjawab.

"Apa yang korang sembangkan? Night tengah tunggu korang, korang tak nak makan? Kalau taknak, pergi balik." Day berkata dalam nada membosankan. Gear menoleh untuk memandang Day dengan wajah muram, tetapi segera pergi mencari Night, yang sedang menunggu di dapur.

"Apa yang kau buat untuk cari pasal dengan P'Day, Gear?" Tanya Night dengan suara yang tenang apabila melihat teman lelakinya masuk ke dapur.

"Mana ada apa-apa, bercakap je. Aku tertanya-tanya if kau dan Itt jatuh cinta dengan cara yang sama!" Kata Gear.

"Kenapa nak masuk campur urusan diorang? Or kau nak P'Day masuk campur dalam urusan kita berdua?" Night berpura-pura bertanya kepada teman lelakinya kerana dia tidak mahu Gear tahu apa yang telah dilakukan oleh abangnya sendiri.

"Taknak!" Gear bertindak balas dengan pantas

"Kalau tak nak, jangan masuk campur urusan abang aku. Urus cerita kita ja!" Night bertegas. Gear pantas berjalan untuk memeluk Night.

"Ye ye. Setiap hari aku rindu nak bersama kau, I miss you soooo muuuccchhhh. I love you!" Gear memberitahu teman lelakinya dengan suara merayu. Night tersenyum sedikit apabila Day dan Itt masuk ke dapur.

"Itt, P'Day duduk. Semua dah siap. Jom makan." Jemput Night tersenyum sambil berpaling menolak teman lelakinya yang tinggi lampai itu ke kerusi.

"Night, phi rasa kau patut mula panggil Itt, phi sekarang." Kata Day. Night segera menoleh memandang Itt.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now