Bab 22

146 3 0
                                    

Mereka bertiga duduk seketika sehinggalah Beam kembali ke salun.

"Saya dah sampai." kata Beam dengan muram.

"Ada orang lain ke yang kita nak tunggu?" Day bertanya,

"Tak.. jom!" Balas Beam.

"Tunggu... Beam naik dengan Phi, dan Nong Itt dengan Day." Kata Belle, dan Day berjalan ke motosikalnya dengan Itt mengikuti betul-betul di belakangnya.

"Meh sini. Kau tengok apa?" Tanya Day tajam.

"Aku tidak pernah naik. Confirm kita takkan jatuh?" Itt bertanya perlahan.

"Bukan susah sangat, Itt, sebaik sahaja kau duduk, peluk pinggang Day, Phi confirm kau takkan jatuh." Kata Belle sambil tersengih.

"Kita nak pergi atau tak?" Day bertanya.

Dia menggelengkan kepalanya sedikit dengan perangai Itt, sebelum menghidupkan enjin motosikal dan mula bergerak, diikuti oleh motorsikal yang ditunggangi Belle dan Beam.

"P'Itt, Phi kena duduk macam ni." Jerit Beam.

Itt menoleh dan melihat Beam yang sedang duduk sambil memeluk pinggang Belle. Tetapi dia malu untuk melakukan perkara yang sama. Day berhenti di lampu merah dengan motorsikal Belle berhenti betul-betul di belakang. Terdapat beberapa gadis di dalam kereta di sebelah mereka yang menoleh memandang Day dengan senyuman, kemudian memandang Itt. Ketawa kecil Belle membuatkan Itt mendongak.

"Ada apa, P'Belle? Tanya Itt.

"Tengok muka Day! Muka macam apa je...garang kemain." Belle bergurau, dan Itt bersandar ke sisi Day untuk melihat wajah Day. Adakah dia benar-benar garang?

"Duduk tegak, atau kau akan jatuh." Day berkata dengan tegang, sambil menjangkau ke belakang untuk menolak Itt dan mendudukkannya tegak. Muka Itt sedikit merah padam.

"Belle cakap kau susah hati." Itt berkata perlahan

"Senyap!" Day berkata lagi, dan Itt diam.

Day kembali menunggang apabila lampu bertukar hijau. Terdapat ramai orang yang menaiki motosikal. Tidak lama kemudian, mereka tiba di pasar malam kecil itu. Day dan Belle berhenti di kawasan yang ditetapkan.

"Day.. kau boleh balik tunggu kat kedai." Itt berjalan dan berkata.

Dia menoleh untuk menjeling Itt dengan mata yang bengis.

"Kenapa? Aku ikut kau.. kau tak selesa ke?" tanya Day senyap.

"Taklah.. tetapi takut yang lain rasa tak selesa. Or...Boleh kau tolong maniskan sikit muka tu? Muka kau tu...macam nak cari gaduh dengan satu pasar malam, tau." Itt berkata perlahan kerana dia takut Day tidak berpuas hati.

"Okay, kau boleh jalan!" Day memang tak suka tempat sesak macam ni.
Pasar malam itu mempunyai banyak barangan jualan, termasuk pakaian, hiasan, makanan, dan kawasan haiwan peliharaan. Ia dibahagikan kepada lorong untuk memudahkan orang ramai berjalan-jalan dan melihat sesuatu di sebelah kiri dan kanan. Lorong itu cukup luas, tetapi dengan begitu ramai orang berjalan, mereka terpaksa bersesak-sesak sedikit. Belle mendahului dengan diikuti oleh Beam, Itt, dan Day di belakang sekali.

Sepanjang mereka berjalan di pasar malam, ramai lelaki dan perempuan muda menoleh untuk melihat kumpulan Day. Day cukup popular di kalangan remaja kerana di wilayah kecil itu, kebanyakannya akan mengenali pemilik salun terkenal sepertinya.

Belle berhenti untuk melihat aksesori di sebuah kedai. Itt and Day menunggu di hadapan kedai. Itt mencuri pandang ke arah Day dan melihatnya berpeluh di garis rambut. Di matanya, Day kelihatan sangat seksi. Itt menoleh ke kiri dan ke kanan dan ternampak sebuah kedai yang agak menarik di arah bertentangan.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now