Bab 1

263 3 0
                                    

Sejak adiknya di tipu dan buli, Day sangat bertekad untuk membalas dendam kepada orang yang menyakiti adiknya, Night.

Mereka mesti di balas.

Semuanya bermula apabila adiknya kembali ke Thailand. Sebaik saja pulang ke Thailand, Night merubah gayanya dan beberapa aspek personalitinya jugak di ubah semasa dia berada di England.

Day menyiasat semua pelajar jurusan kejuruteraan, untuk mencari siapa yang membuli Night.

Dia menggunakan duit simpanannya untuk memasukkan Night ke universiti di tengah2 semester. Day membuat duit dengan melaburkan ke dalam perniagaan bersama kawan2nya dan jugak membuka salun kecantikan di luar bandar.

Dia menjana wang yang cukup sehingga mampu memiliki sebuah rumah yang selesa untuk mereka di Bangkok dan jugak sebijik kondo untuk disewakan.

Hari ni, Day membawa Night mendaftar ke university untuk memulakan rancangan mereka. Day percaya, Night akan menjalankan rancangan mereka dengan sebaiknya.

"Dah siap, Night?" suara dalam Day kedengaran, menanyakan Night yang sedang bersiap di hadapan cermin besar.

"Dah. Saya dah siap." Night membalas sebelum berpaling dan melihat ke arah abangnya.

Day melihat Night atas bawah. Puas hati. Adiknya memang menarik dan comel dengan apa saja yang digayakannya.

"Ready to do something fun?" Day bertanya. Night berjalan ke arah Day dan memeluk abangnya.

"Saya ready.... saya pasti akan sakitkan mereka, lebih daripada mereka sakitkan saya." Night membalas, tenang. Dengan perlahan, Day mengusap kepala adiknya. Lembut.

"Abang harap, kau tak sia-siakan 6 bulan ni." Kata Day, lagi.

"Percaya saya, P'Day. Saya takkan lemah dengan mereka lagi." Kata Night dalam nada serius. Day mengukir senyum.

***T/N : Phi atau P' ialah gelar buat orang yg lebih tua...mcm abang or kakak. Tapi diorg gunakan for both laki or perempuan.***

Telefon bimbit Night berdering. Night berlalu dari situ untuk menjawab panggilan telefon dan berbual sebentar sebelum menamatkan panggilan yang diterima.

"Saya pergi, dulu. Kawan saya dah sampai." Night memberitahu Day sebelum berlari keluar dari bilik untuk mendapatkan rakannya.

Dari tingkap bilik tidur, Day memerhatikan adiknya yang sedang membuka pintu rumah dan berjalan menghala le arah kereta temannya dengan tenang. Day mula menelefon seseorang yang bakal turut sama dalam rancangan dendam mereka.

"Adik aku dah keluar...jangan lupa apa yang aku pesan." Ucap Day kepada Fu, teman baiknya.

Fu merupakan salah seorang teman baik Day. Seseorang yang sangat rapat dengan mereka dua beradik. Day bole menceritakan apa saja dengan Fu.

Day pernah bergurau dengan Fu, jika Fu sukakan Night, dia akan lorongkan jalan buat Fu untuk memikat Night. Day tak kisah jika lelaki sesama lelaki menjalinkan hubungan cinta. Malahan kesemua pekerja salun Day juga merupakan gay atau biseksual. Melihatkan itu, ramai yang tertanya jika Day juga gay, tetapi Day yang pendiam dan garang buatkan orang tidak berani mempertanyakan seksualiti Day.

"Nak keluar tak?" tanya Fu.

"Um...jap lagi aku cari kau. Okay, tu je." Jawab Day sebelum menamatkan panggilan telefon. Susuk tinggi itu segera mandi dan bersiap untuk mengikut adiknya.

Day telah menelefon ke pub untuk menempah meja kerana dia mendengar budak-budak kejuruteraan suka melepak di sana.

Day memilih meja di lantai dua untuk melihat dengan lebih jelas. Tanpa sengaja, meja Day bersebelahan dengan sekumpulan budak2 kejuruteraan yang sama university dengan Night. Satu kelebihan buat Day, sebab budak2 tu tak kenal siapa Day. Tapi...Day kenal dengan kesemua mereka.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now