🌄Pagi esoknya...
Selepas memikirkan tentang keadaannya, Itt terlelap untuk jangkamasa yang lama. Semasa tidur, tiba-tiba Itt terasa seperti sesuatu sedang mematuk tengkuknya, menyebabkan Itt terkejut dan terjaga.
"Apa kena dengan kau?" kedengaran suara Day.
"Huh..bila kau sampai?" tanya Itt. Day kini sedang mengangkangi Itt yang berada di bawahnya.
"Baru je." Jawab Day, kemudian berpura untuk kembali menggomol Itt, Itt cuba menghentikan Day dengan melindungi tubuhnya dengan tangan.
Day berhenti dan melihat Itt dengan pandangan tajam.
"Uh...Day, aku nak tanya..." Itt mahu bertanya jika dia boleh ke kelas, tapi Day pantas menyambar telefon bimbit Itt dan mendail satu nombor sebelum sempat Itt menghabiskan soalannya.
"Bagitau kawan kau, kau sakit hari ni." Perintah Day dengan wajah tenang.
Itt menelan liurnya, kelat. Sebelum talian seberang sana di jawab, Itt sempat melihat siapa yang dihubungi Day. Itt meletakkan telefon di telinganya dengan Day masih di atasnya.
"Hello...uh...Four, ni aku. Itt." Kata Itt apabila panggilannya di jawab.
"Aku rasa tak berapa sihat la, tolong bagitau lecturer untuk aku....hmm... tolong tandakan kehadiran untuk aku jugak, ya." Kata Itt sebelum menamatkan panggilan.
Day merampas telefon bimbit dari tangan Itt dan meletakkannya di atas meja kecil bersebelahan katil.
"Pandaiiiii." Puji Day.
"Uhm...aku nak mandi, dan aku lapar." Alasan Itt untuk mengelak dari satu pusingan lagi, tetapi Day mengukir senyum pelik.
Itt tak sukakan senyuman Day yang seperti itu...terasa seperti satu bala lain pula yang sedang menunggu.
"Okay, aku bole benarkan kau mandi." Dengan pantas Day menarik Itt ke bilik mandi.
"Tapi...aku boleh mandi sendiri, Day." Tingkah Itt, tapi semua tu terlambat sebab Day dah merancang untuk mengerjakan Itt sebanyak dua pusingan di dalam bilik mandi sebelum menghabiskan pusingan yang ketiga di atas katil dan mengakibatkan Itt lembik dikerjakan Day.
Kini, Itt tersembam dengan mukanya di atas bantal, selimut menutupi tubuhnya yang sedang telanjang. Itt masih meniarap sambil memandang Day dan sedang duduk di sisinya, menyedut rokoknya...kelelahan.
"Apa yang kau tengok?" Tanya Day, apabila menyedari Itt memandangnya, lama.
"Boleh aku pergi kelas, esok?" pinta Itt.
"Hm....boleh." Jawab Day.
"Serius? Jadi...aku boleh balik rumah hari ni?" tanya Itt gembira. Day berkalih dan memandang Itt.
"Siapa cakap kau boleh balik?" tanya Day.
"Habis tu, kau cakap aku boleh pergi kelas esok. Kalau aku tak balik rumah, aku mana ada baju nak pergi kelas?" tanya Itt.
"Baju lama kau? Aku dah bawak pergi dobi. Pakai ja baju tu dulu. Tengahari esok, aku bawak kau balik pergi ambik kain baju kau." Balas Day.
"Um...jadi...aku akan stay sini?" tanya Itt.
"Ya." Jawab Day, pendek.
📲Kring....Kring...
Sebelum sempat Itt bertanya sesuatu, telefon bimbit Day berdering. Day melihat siapa yang memanggilnya sebelum menjawab.
"Ada apa, Fu?" tanya Day, lambat.
"Huh...apa maksud kau? Ok...aku uruskan. Thanks. Nanti kita sembang lain. Ya, tu ja." Balas Day dengan nada yang keras dan berpaling ke arah Itt. Susuk pucat itu segera mengenali pandangan tajam Day ke arahnya.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...