Bab 11

152 4 0
                                    

"So, kau ponteng lagi esok? Badan kau penuh love bites." Tanya Nick.

"Rasanya sehari dua ni aku ponteng dulu. Lagipun takde apa test or exam kan? Tapi...aku nak mintak tolong kau...pinjam notes." Jawab Itt kepada Nick.

"Kau dah makan?" tanya Nick and Itt menggelengkan kepalanya. Nick mengeluh.

"Haishh...badan dah teruk sampai gini....hm... Meh aku order something. Bila mangkuk tu nak balik?" bebel Nick.

"Ntah...aku tak tahu. Kalau dia jumpak diorang, aku tak rasa dia balik sini hari ni. For sure dia kena setelkan hal adik dia dulu kat rumah." Balas Itt.

"Hm...kalau macam tu...malam ni aku tidur sini lah, ok?" tanya Nick.

"Tapi...kalau dia balik dan nampak kau, aku takut dia naik gila dan buat apa-apa." Balas Itt.

"What the hell!! Macam ni punya teruk keadaan kau, macam ni punya sakit..kau kena lawan dia." Nick marah.

"Kau bukan kat tempat aku. Kau tak faham, Nick." Jawab Itt, muram.

Nick memandang teman baiknya seketika sebelum mengeluh panjang.

"Hm...sorry...so let's get something to eat, supaya kau ada tenaga nak lawan balik mangkuk tu." Nick memberi semangat sebelum memesan pizza.

Mereka berbual sambil menunggu pizza untuk mereka makan bersama.

"Itt, kau buat apa?" tanya Nick.

"Kenapa?" tanya Itt sambil melihat ke arah Nick.

"Aku nampak kau asyik dok tengok phone kau, dah berapa kali ni. Kau nak call siapa?" tanya Nick curiga apabila melihatkan kelakuan teman baiknya.

"Uhm...aku nak tahu Day jumpak Gear ke tak." Balas Itt.

"Kau nak call mangkuk tu?" tanya Nick, dan Itt mengangguk.

"Kalau kau nak call...call je la. Aku take care benda-benda ni." Kata Nick sebelum bangun dan membawa semua pinggan dan gelas yang mereka gunakan ke dapur.

Itt menggenggam telefon bimbit dengan teragak-agak sebelum memutuskan untuk menelefon Day.

📱"Apa?" kedengaran suara Day bertanya, garang sebaik sahaja panggilan di jawab.

📱"Uhm...errr..." Itt tak tahu macamana nak memulakan pertanyaan.

📱"Cakaplah!" suara Day kedengaran garang dan sedang marah menyebabkan Itt terus memutuskan panggilan dengan tergesa-gesa.

"Kau dah call dia?" tanya Nick sebaik saja kembali dari dapur.

"Aku tak berani." Tipu Itt.

"Dah kenapa?" tanya Nick apabila melihat ekperesi teman baiknya.

"Takde apa. Kau dah nak balik ke?" tanya Itt.

"Kau halau aku balik ke?" sergah Nick.

"Tak...aku ngantuk...nak tidur. Tapi kalau taknak balik lagi, kau boleh layan movie." Jawab Itt dengan nada selamba.

"Aku balik. Pergi tidur. Bila jantan tak guna tu balik nanti, dia cuba apa-apakan kau atau cuba bunuh kau...bagitahu aku. Aku akan cari jalan untuk tolong kau, nanti aku call kau." Pesan Nick.

"Uhm... thanks, Nick. Kalau kau tak datang hari ni, aku mungkin dah mati patah hati." Ucap Itt sambil menemani temannya sehingga ke pintu.

Selepas Nick beredar, Itt kembali ke bilik untuk berehat.

📲Kringgggg... Kringgggg...

Telefon bimbit Itt berdering sebaik saja dia mahu naik ke katil. Dahinya berkerut apabila melihat nama pemanggil sebelum menjawab panggilan.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now