📱Kringgggg..Kringgggg
Telefon berdering tetapi fokus Itt hanya pada permainan video di hadapannya. Matanya tertancap pada kaca televisyen.
"Itt, jawab call!" Seseorang di dapur menjerit.
"Aku nak jumpak Messi jap lagi!" Itt sedang bertarung untuk menang dalam permainan yang sedang sangat sengit, dia tidak begitu menghiraukan apa yang dikatakan teman lelakinya. Tiba-tiba merasakan sensasi kesemutan di tulang belakangnya.
"Itthipol!" Sebaik sahaja mendengar nama sebenarnya, Itt segera menghentikan segalanya.
Kemudian dia berpaling untuk melihat ke arah dapur dan mendapati Day berdiri di sana, memandangnya dengan mata yang tenang.
"Yerrr...Aku faham,jangan lah tarik muka!" rungut Itt lalu cepat-cepat meraih telefonnya.
📱"Hei ayah, ada apa?" Kata Itt apabila melihat nombor ayahnya.
📱"Ya.. dia masak? Ayah nak cakap dengan dia? Kejap, Itt paskan phone pada Day.. Oh.. tak, Itt taknak pergi... ayah.. sebab.. ahh.. Itt tak nak jumpa saudara mara. Ayah bagitaulah diorang sendiri!" Kata Itt, kesal sambil berjalan ke arah Day yang berada di dapur.
"Ayah nak cakap dengan kau!" Kata Itt selamba sebelum menghulurkan telefon kepada Day, yang sedang merasa kari yang di masaknya, dan berpaling untuk menjawab telefon.
Itt cepat-cepat memegang lengan Day dan berbisik.
"Day , katakan tidak pada ayah!" Day mengangkat kening sedikit.
📱"Ya, ayah!" Kata Day.
..........
"Huh, dah kenapa kau duduk situ dengan muka macam tu?" Day berkata kepada Itt, yang duduk di sana dengan dahi berkerut.
Dia mengambil sudu dan meletakkan nasi di atas pinggannya.
"Aku dah suruh kau tolak ayah! Kenapa kau setuju dengan dia?" Itt menjerit tidak puas hati.
"Kenapa nak tolak? Itu tradisi, kan? Ayah kau kata saudara mara kau berkumpul hari tu. Kalau kau tak pergi, pelik jadinya, Itt!" Day berkata dengan suara yang tegas.
"Sebab family gathering lah aku tak nak pergi!" Itt berkata perlahan.
Day memandang kosong ke arahnya.
"Kenapa?" Tanya Day kerana selalunya dia melihat Itt teruja dengan cuti dan perayaan, tapi kini dia tak mahu menyertai sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga.
"..." Itt terus diam, enggan bercakap.
Day berhenti makan dan pergi duduk di kerusi di sebelahnya.
"Kenapa ni? Cakap sekarang, jangan buat aku garang dengan kau!" Day berkata dengan tenang.
Itt diam-diam mengerutkan hidungnya.
"Nah.. semua saudara mara berkumpul, dan diorang mesti akan tanya siapa kau. Macamana aku nak bagitau diorang?" Itt bertanya perlahan.
Inilah yang selalu merisaukan Itt, walaupun ibu bapanya menerimanya, dia tak tahu bagaimana kelakuan saudara-mara yang lain. Dia tak tahu sama ada ibu bapanya akan dikecam oleh saudara maranya atau tidak, apabila cerita anak lelaki tunggal mereka mempunyai teman lelaki.
"Beritahu je lah diorang yang aku suami kau!" Balas Day ringkas.
Itt menoleh memandangnya
"Bastard, kalaulah semudah itu!" Itt membalas pantas.
"Kau risau pandangan orang?" tanya Day senyap.
"Aku tak kisah, tapi aku tak mahu saudara mara aku menghina ibu bapa aku. Aku tak mahu mereka malu apabila mereka bertanya tentang kita berdua!" Itt berkata jujur.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
Storie d'amoreNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...