"Dia tak de buat apapun, kenapa nak kena ajar dia?" tanya Itt, kerana dia tak mahu Pete terjebak kerananya.
"So...apa yang dia buat kat restoren tadi...masih takde buat apa-apa? Ohhh....dia tak mengganggu langsung pun, kan?" sindiran Day menyebabkan Itt terdiam.
"So, kau nak buat apa sekarang?" tanya Itt.
"Kau....Tunggu dan lihat." Jawab Day.
Itt kelihatan tertekan buat seketika. Tidak lama kemudian, kumpulan Pete menghampiri kumpulan mereka. Namun, Pete tidak perasankan kehadiran Day dan Itt di situ kerana terlindung oleh Neil dan teman-temannya. Tambahan pula, tempat mereka duduk agak terlindung dan gelap. Neil meningalkan mereka untuk berbincang dengan Pete.
"Kau yang cabar aku?" tanya Pete kepada Neil.
"Memang tak la aku nak race dengan budak-budak macam kau. Mulut pun bau susu lagi. Cumanya, aku risau...kau hilang muka je bila kalah dengan orang yg cedera macam aku." Balas Neil dengan nada menyampah.
Melihat Pete, Neil mula tak hairan kenapa Day bengang. Pete melihat Neil yang kelihatan menyampah memandangnya, namun dia mendiamkan diri.
"Siapa yang cabar aku?" tanya Pete sambil tersengih.
Neil menunjukkan ke arah susuk yang sedang duduk tak jauh darinya. Pete melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Neil.
"Itt." Pete memanggil dan ternampak susuk berwajah garang di sisi sedang merokok dengan pandangan yang tajam. Pete tidak menjangkakan yang dia bakal bertemu mereka di sini.
"Hei...kawan aku yang akan race dengan kau." Beritahu Neil.
"Kau?" Pete tak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Huh. Actually...kau patut jaga mulut kau, Pete." Kata Day dengan acuh tak acuh sambil matanya tepat memandang Pete.
"Itt...macamana kau datang sini?" Pete berkalih dan memandang sambil bertanya Itt
"Mestilah dia datang aku. Dengan siapa lagi dia nak datang sini?" Day yang menjawab, Itt duduk di sisinya dengan wajah yang tertekan.
"Apa kau nak? Duit? If aku menang, kau bagi aku 200k dan kalau kau menang? Kau suruh aku datang...aku dah datang. So...if kau menang, apa yang kau nak?" tanya Pete.
Day bangun dan menghampiri Pete, dan jugak memandang Neil.
"Kalau aku menang, aku nak fight dengan kau kat tengah litar for 1 minute." Jerit Day, dengan tujuan untuk memastikan semua yang berada di situ akan mendengarnya. Itu mengejutkan Itt sehingga matanya terbeliak.
"Fine! Kau taknak duit dan kau cuma nak gaduh dengan aku 1 minit. Apa yang kau nak tu...kacang je. If kau nak fight dengan aku, aku pun dah ready nak nego dengan kau." Provoke Pete. Day tersenyum sinis.
"Seronok, kan? Nak race mesti kena ada something exciting untuk bet. Aku taknak kau kata aku ambik advantage atas kau. So, aku rasa 200k in exchange untuk belasah kau depan orang ramai...is satisfying." Ejek Day.
"Kalau itu yang kau nak, fine! Tapi, aku nak tukar betting. Aku taknak duit kau. 200k? Aku taknak. Aku nak something else." Balas Pete sambil tersengih.
Itt mula rasa tak sedap hati.
"Kau nak tukar dengan apa?" tanya Day.
"Aku nak Itt as reward." Jerit Pete. Day mengetapkan giginya.
"Hoi....aku bukan benda untuk korang suka-suka hati buat betting. Don't mess with me. Korang nak race... lantak korang. Apa kena mengena dengan aku?" Itt sakit hati bila dia dilibatkan.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...