Bab 21

147 3 0
                                    

📲Kringgggg... Kringgggg...

Telefon bimbit Itt berdering. Day yang mendengarnya merampas telefon bimbit dari tangan Itt untuk melihat siapa yang memanggil dan mengembalikannya sebaik dia melihat nama Nick di skrin.

📱"What's up, Nick?" tanya Itt.

📱"Itt!!! Aku ingat kau dah matiiiii!!! Aku dah berapa lama terpacak depan bilik kau, tapi kau tak bukak pintu. Nasib aku tak pecahkan lagi pintu bilik kau." Terdengar jeritan Nick.

Day berlalu pergi, membiarkan Itt sendirian mendengar jeritan Nick.

📱"Macamana aku nak bukak? Aku bukan dalam bilik." Balas Itt.

📱"Ha...kau pergi mana? Day?" tanya Nick.

📱"Dia bawak aku pergi kedai dia kat province lain. Dua tiga hari nanti kami balik lah."

📱"Oh! Tak boleh la aku jumpak Neil. Tapi, kenapa dia bawak kau? Dia nak kenalkan kau ke?" tanya Nick dengan ketawa besarnya yang sangat ikonik. Itt terkelu.

📱"Weiii, Itt. Kenapa kau diam?" tanya Nick apabila It tidak membalas apa-apa. Itt berjalan ke balkoni.

📱"Jangan lah cakap lagi macam tu. Aku bukannya orang penting yang perlu dia perkenalkan pada sesiapa."

📱"Dah kenapa dengan kau? Kau bunyi macam orang kecik hati."

📱"Takde lah, aku tak kecik hati." Kata Itt sambil berkalih untuk melihat Day.

Dia taktahu samada Day boleh dengar mereka ataupun tak. Day kelihatan menuju ke bilik air, sepertinya dia tak mendengar apa-apa.

📱"Kau...sebelum ni mulut kau tu pandai sangat menjawab...mulut takde insuran. Dah kenapa tiba-tiba kau jadi lembik macam ni?" tanya Nick yang sekali lagi membuatkan Itt hilang kata.

📱"Apa kena dengan kau ni? Soklan kau pelik-pelik. Dah la...aku nak rehat. Better kau pergi study je la." Kata Itt dan menamatkan panggilan Nick.

Itt tak mahu meneruskan perbualan kerana Nick sentiasa menggalakkannya untuk menzahirkan perasaannya dan kekecewaannya. Itt tak mahu sesiapa pun tahu apa yang difikir dan apa perasaaanya kerana dia sendiri masih keliru.

"Kenapa mangkuk tu call?" tanya Day selepas Itt menamatkan panggilan Nick.

"Dia pergi kondo, tapi tak jumpak kau. So, dia call kau." Itt membalas tanda perasaan.

"Hm...jom turun. Aku bawak kau pergi makan tengahari, kejap lagi kau boleh makan ubat."

"Tak perlu lah. Aku makan ke tak makan ke...sama je." Balas Itt. Day mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" tanya Day.

"Apa yang aku buat atau tak buat dengan hidup aku...aku hidup ke mati ke... kau tak perlu risau. Ni hidup aku." Kata Itt, sinis.

Wajah Day tegang dan dia berjalan ke arah Itt. Itt menundukkan kepalanya, bersedia untuk di tampar Day.

"Kau hidup atau mati...biar aku yang buat keputusan." Day menarik Itt dari balkoni dan menutup pintu balkoni.

"Dah...jom makan. Aku lapar." Day menarik Itt keluar dari bilik.

Itt mengeluh, penat dengan perangai Day yang macam-macam. Apabila mereka berdua menuruni anak tangga ke lantai bawah, dia melihat hampir kesemua pekerja memandang ke arah mereka.

"Kenapa?" tanya Day.

Satu susuk besar, seorang ladyboy yang cantik berjalan ke arah Itt dan menarik Itt ke arah kaunter. Itt melihat beberapa orang pelanggan sedang duduk menyikat rambut mereka, tapi di kaunter hanya ada pekerja-pekerja Day. Susuk yang menarik Itt tadi memusing Itt ke kiri dan ke kanan.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now