"Damn Day, apa yang kau buat sampai Night tak selesa stay sini? Semalam, aku barely manage untuk comfort dia. Tak kira macamana aku tanya pun, dia tidak jawab kenapa. " Gear mengadu.
Gear yang sedang menuruni tangga bersama-sama dengan Night, memegang perutnya yang senak akibat tiba-tiba ditumbuk oleh Night kerana teman lelakinya memberitahu abangnya.
"Gear, cakap elok-elok." Tegur ibu Gear
"It's okay, mom, bad habits susah nak tukar." Balas Day sebelum memandang adiknya, curiga.
"Night, mari sini. Kenapa? What happened? We had good talk, yesterday. " Kata Day
"Kalau abang kau buli, call aku. Aku hantar driver untuk jemput kau." Gear berkata sambil mengangkat bahu pada Day. Day memandangnya, tetapi dia tidak berkata apa-apa.
"Gear.." garang ibu Gear memanggil anaknya. Night berjalan ke arah Day dan memeluknya. Erat.
"P'Day, jom balik." Night berkata dengan suara yang perlahan.
Day mengangguk sebelum menoleh ke arah ibu Gear.
"Mom, kami balik dulu, saya minta maaf kerana mengganggu." Day berkata
"Drive carefully!" Ibu Gear berkata kembali.
"Kenapa ni? Night marah Phi?" Tanya Day sambil memandu adiknya pulang.
"Better tunggu until we get home." Balas Night.
Day menyangka bahawa Night akan meletakkan begnya di dalam bilik tidur dulu, jadi dia pergi untuk minum air dari dapur. Apabila dia kembali ke ruang tamu, dia mendapati Night duduk di sofa menunggunya.
"Kau dah simpan beg kau, Night?" Tanya Day, sambil meletakkan gelas airnya di atas meja.
"P'Day.. phi sayang Night?" Night bertanya dengan suara yang perlahan.
"Kau masih tak tahu yang phi sayangkan Night lebih dari segalanya?" Day berkata dengan suara yang tenang sambil duduk di sebelah Night. Dia menoleh memandang Day dengan riak wajah kesal.
"Night tahu yang phi sangat sayangkan Night. Kalau tidak, Phi takkan marah bila Night kembali kepada Gear. Night jugak tahu Phi
benci Gear bila Phi dengar apa yang dia lakukan kepada Night." Kata Night, Day memandangnya dengan keliru tetapi tidak berkata apa-apa."Phi dah tak marah lagi, dan Phi tidak benci lagi. Cuma Phi suka bertengkar dengan dia. So, dia akan lebih berhati-hati melayan Night." Day berkata sambil tersenyum.
"Apa yang Gear lakukan sesuatu yang teruk, bukan?" Night bertanya dengan suara yang perlahan.
"Ya.. ia sangat teruk, dan pada mulanya, Phi tak mahu memaafkan dia, kalau tak kerana Night jugak cintakan dia!" Balas Day dengan suara yang perlahan.
"Ya.. ya.. teruk sangat!" Kata Night dengan dahi berkerut sebelum mengambil CD yang disimpan di dalam beg galasnya lalu diletakkan di atas meja kaca. Dia mendongak memandang Day dengan air mata yang mengalir.
"Tapi.. kenapa?.. umm" Night menangis teresak-esak. Day terkaku apabila melihat DVD di hadapannya.
"Dari mana Night dapat DVD tu?" tanya Day perlahan.
"Kalau Night tak bersihkan bilik Phi, sampai bila pun Night takkan jumpa."
"Bukankah Phi dah pesan tak perlu kemas bilik Phi? "Day berkata dengan suara yang tenang.
"Huh.. Phi tak nak Night masuk bilik.. sebab.. Phi takut Night jumpak DVD ni? Tapiiiii.. huh.. kenapa Phi cederakan orang lain? Ya...Itt dulu teruk. Dia orang yang membantu Gear, tetapi Phi tak berhak sakitkan dia macam ni. Phi dah lakukan perkara yang sama yang Gear lakukan kepada Night. Phi tahu tak?" Night menangis teresak-esak dan menggoncang lengan abangnya ke sana ke mari. Day terdiam, riak wajahnya menunjukkan sedikit ketegangan.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...