Pergerakan kecil di lengan menyebabkan Day perlahan-lahan membuka matanya. Ayah Itt berada di sisi katil.
"Masa kau sudah tamat!" Ujar ayah Itt dengan tenang. Day memandang Itt yang masih tidur. Dia perlahan-lahan bangun dari katil, supaya Itt tidak perasan.
"Aku harap kau akan lakukan seperti yang dah kita persetujui." Ujar ayah Itt dengan tenang.
"Ya, saya janji!" Day menjawab.
"Jangan marah aku.. Aku cuma buat apa yang terbaik untuk anak aku." Ujar ayah Itt lagi.
Day diam, pandangannya hanya pada Itt yang masih lena di atas katil.
"Tolong jaga Itt!" Day berkata
"Aku akan jaga anak aku. Terima kasih kerana sudi buat seperti yang aku minta." Kata ayah Itt.
Day meninggalkan bilik Itt untuk kembali ke biliknya sendiri. Ayah Itt menoleh memandang anaknya dengan mata yang tidak bergerak.
"Aku harap kau tak marah aku sebab buat macam ni, Itt!"
...............
☀️PAGI ESOKNYA!
Itt tersedar dari tidurnya dengan perasaan sedikit berdebar di dalam hatinya apabila dia tidak melihat kelibat Day. Tetapi apabila dia melihat ibunya duduk di sana, dia faham bahawa Day mesti kembali ke biliknya.
"Itt dah bangun? Boleh Itt bangun cuci muka dan gosok gigi sendiri? Itt nak ibu tolong?" Ibu Itt tergesa-gesa bertanya.
"Mana ayah?" Itt segera bertanya tentang ayahnya kerana dia tidak melihatnya di dalam bilik.
"Dia pergi tengok kedai. Nanti dia datang balik."
"Ibu, boleh Itt pergi jumpak Day?" Itt bertanya kepada ibunya.
Ibunya kelihatan sedikit terpegun.
"Itt, baru bangunkan? Apakata basuh muka dulu, gosok gigi, makan dan makan ubat dulu." Kata ibunya membuatkan Itt mengeluh perlahan.
Dia perlahan-lahan bangun dari katil dan sempat membasuh muka dan memberus gigi di dalam bilik air. Setelah selesai, Itt keluar dari bilik air dan duduk di atas katil.
"Nick datang ke sini?" Itt bertanya tentang kawannya.
"Ibu tak nampak dia. Ibu cuma baru nampak Gear and Four." Balas ibu Itt.
Itt mengerutkan dahi tetapi tidak bertanya lagi. Ibunya membawakannya makanan dan ubat. Tidak lama selepas dia selesai, pintu diketuk. Itu membuatkan Itt mendongak, mengharapkan Day, tetapi yang mengecewakannya, mereka adalah dua kawan baiknya.
"Hai ibu!" Gear dan Four mengangkat tangan untuk menyambutnya.
***Sebagaimana Nick, sebagai teman rapat.... Gear dan Four jugak panggil ibu ayah Itt sebagai ibu dan ayah.***
Ibu Itt mengangguk dan tersenyum sebelum mengambil tempat di sofa supaya rakan-rakan anaknya dapat bercakap dengannya.
"Apa khabar?" Gear bertanya sambil tersenyum.
"Masih hidup!" Itt membalas.
"Mulut kau, masih boleh tahan kan? Sakit ke?" Gear bertanya lagi.
"Well.. dia dah jadi sarkastik.. macam Day!" Nama Day bergema, wajah Itt menjadi pucat sedikit.
Gear dan Four memandang antara satu sama lain tetapi tidak bercakap banyak.
"Bila kau nak keluar dari hospital? Aku nak bawa kau bercuti beberapa malam, kau berminat?" Four berkata, menukar topik.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...