"Kenapa kau duduk situ?" Tanya Itt apabila melihat Day kembali duduk ke sofa dan melihatnya sedang menikmati kek.
"Ni kondo aku, suka aku la nak dok kat mana, nak buat apa." Jawab Day, tenang.
{Dasar laki gila.} Itt menyumpah secara diam-diam dan terus menikmati keknya sambil mengabaikan mata Day yang sedang tajam memerhatikannya.
"Perlu ke aku rantai fridge?" soalan Day membingungkan Itt.
"Sebab?" tanya Itt masih keliru.
"Mana la tahu, kalau-kalau ada orang curi-curi makan kek tengah-tengah malam." Balas Day, selamba.
"Kau ingat aku ni Wolverine?" bidas Itt, geram. Day hanya mengangkat bahunya saja. Itt mendengus, geram.
"Kalau kau dah kenyang, pergi masuk bilik air. Cuci badan." Pesan Day sebelum bangun.
"Kenapa?" cepat-cepat Itt bertanya, Day hanya tersenyum.
"Kau tak perlu tahu. Tugas kau, dengar dan patuh kepada arahan aku." Bidas Day sebelum meninggalkan dapur dan memasuki bilik tidur.
Itt terus makan sebelum tiba-tiba mengerutkan dahinya apabila terfikirkan sesuatu.
Selepas menghabiskan keknya, Itt mencuci piring kek dan berjalan masuk ke dalam bilik tidur. Dia melihat Day sedang berbaring di atas katil dengan boxernya saja. Perut Day yang berketak kelihatan sangat hebat dan menarik dengan kulitnya yang cerah...tapi, mukanyaaaa...
Itt tiba-tiba merasakan mukanya panas sebaiknya mata tajam Day bertentang dengannya.
"Apa?" sergah Itt, Day membalas dengan senyuman.
"Sini..." panggil Day, elok. Itt teragak-agak untuk menghampiri sebab dia rasa dia tahu apa yang Day mahukan.
"Kau nak apa, Day? Aku nak layan movie kat ruang tamu." Itt cuba melepaskan diri.
"Aku suruh kau ke sini, kan." Suara lembut Day tadi sudah mula kedengaran keras. Pelan-pelan Itt menghampiri katil.
"Sial...mood aku tengah baik...kau ni spoil betul. Mari sini. Sekarang." Perintah Day. Itt berjalan menghampiri Day dan duduk di birai katil.
"Uh..." Itt kelu, tak tahu nak berkata apa.
Kenapa Day panggil dia? Apa yang Day nak?
"Dekat sikit, duduk tepi aku." Suruh Day lagi.
Itt mengeluh panjang, tapi tetap naik ke katil dan duduk di sebelah Day, di atas katil.
"Nak apa?" balas Itt, geram. Dia dah mula menerima apa saja takdirnya malam ini.
Day sedang menyandar di kepala katil sambil kakinya dilunjurkan. Dia mula membelai lengan kurus Itt dengan lembut. Susuk pucat itu duduk tegak, terpaku dan mula terasa meremang. Itt cuba menarik lengannya dari pegangan Day.
"Aircond ni...sejuk sangat." Itt berpura-pura mengusap lengannya yang sedang di pegang Day.
Day menarik lengan susuk kurus itu sehingga jatuh ke atas badan Day.
"Kau nak buat apa, Day?" tanya Itt, terkejut dan bersedia untuk bangun dan melarikan diri. Tapi pantas Day memeluk pinggang Itt yang kurus.
"Kau rasa, apa yang aku nak buat?" tanya Day dengan senyumannya yang nakal dan menakutkan.
"Kau gila? Tak cukup lagi ke hari ni? Sekarang kau nak main dengan aku pulak?" jerit Itt, bersedia untuk melarikan diri dari pelukan Day. Tapi Day memeluknya kuat.
"Orang macam aku, mana reti penat." Macam kau tak tahu." Balas Day sebelum menarik Itt untuk duduk di atas ribaannya.
"Arghh...sakit, Day." Itt mengerang.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...