Itt terkaku apabila dia berlaga dengan belakang tubuh Day, Day yang berjalan di hadapannya tiba-tiba sahaja berhenti.
"Kenapa kau berenti?" bisik Itt dan cepat-cepat mencengkam lengan Day.
Day berkalih ke belakang untuk melihat Itt dan mengerutkan dahinya.
"Kau gila eh? Dah kenapa kau berbisik?" tanya Day.
"Kau le yang gila...kalau aku cakap kuat-kuat, nanti adik kau terdengar pulak." Bisik Itt lagi.
"Kau memang bodoh, eh? Dah kenapa kau sneaking macam penyamun?" balas Day sambil mencekak leher Itt dan mengheret Itt masuk ke dalam rumah.
"Sakiiit....Day....Sakiiiit...pelan pelannn..." rayu Itt sambil mereka menaiki tangga ke tingkat dua.
"Tadi elok-elok bisik, kenapa kau cakap kuat-kuat pulak? Ni bilik adik aku." Marah Day, dengan suara perlahan.
Mereka berdua yang sedang bergerak naik ke tingkat dua, Day menunjuk ke arah pintu bilik yang bertutup. Itt memekup mulutnya sendiri kerana tanpa sengaja tercakap kuat. Day menggelengkan kepalanya dengan reaksi Itt.
"Mana bilik kau?" tanya Itt dengan suara yang perlahan. Day menunjukkan biliknya dengan tangan.
Itt cepat-cepat meleraikan cekakkan tangan Day dari tengkoknya dan membuka pintu bilik dengan Day mengikutinya dari belakang.
Itt menarik nafas lega apabila berjalan masuk ke dalam bilik Day, sambil melihat ke sekitar.
"Berapa bijik rumah kau ada?" Itt bertanya dengan rasa ingin tahu apabila Day melangkah masuk dan meletakkan kunci keretanya di rak.
"Selain rumah ni, aku ada sebijik rumah lagi dengan some condos." Jawab Day, Itt terus memandang Day dengan perasaan ingin tahu.
"Kat mana rumah sebijik lagi tu?" tanya Itt lagi.
"In another provinces." Jawab Day.
"Wilayah mana?" Tanya Itt lagi, menyebabkan Day berkalih ke arah Itt.
"Kenapa kau nak tahu?" tanya Day kembali.
"Saja tanya." Jawab Itt, tenang.
Itt melabuhkan punggungnya di atas sofa dipenjuru bilik dan mengeluarkan sandwich yang dibelikan Day tadi dari dalam beg dan mula makan.
"Turn on TV tu, aku nak mandi." Beritahu Day sebelum melangkah masuk ke bilik air.
Itt bangun untuk menghidupkan TV dan mencari movie yang ingin di tonton dari rak CD.
"Suka sangat movie pelik-pelik? Semua movie brutal gila. Macam tuan dia jugak. Gila ngeri. Apa punya orang daaa." Bebel Itt sendirian.
"Langsung takde movie lawak ke...yang bole release stress ke?" Itt terus mengomen sebelum melihat satu DVD yang menarik perhatiannya.
Satu CD putih tanpa apa-apa tulisan di atas rak. Itt memilih untuk melihat apakan cerita dalam CD tu.
"Hm...mesti video porn. Kalo tak...takkan la pelik je dari yang lain. Nak kena try tengok ni. Kalo best, boleh aku seludup bawak balik dan layan sorang-sorang kat kondo nanti." Itt merancang sendirian sambil mencuri pandang kea rah pintu bilik air, untuk memastikan Day belum keluar.
Cepat-cepat Itt menghidupkan pemain DVD and memasukkan disc putih tadi. Itt kalut memperlahankan suara TV sebab takut kantoi dengan Day. Tak lama kemudian, DVD mula berputar dan imej mula terpancar di skrin. Mata Itt bulat. Imej yang dilihat menyebabkan Itt sangat sakit kepala dan tertekan dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...