"Itt, apa ni?" tanya Day sambil berjalan ke arah Itt sambil memegang sekeping kad.
Itt sedang duduk di ruang tamu, bermain permainan video.
"Apa?" Itt bertanya sambil menoleh melihat ke arah Day.
Itt melihat kad di tangannya. Day tersenyum garang.
"Kat mana kau jumpak tu?" Itt bertanya.
"Dalam almari. Kenapa kau cuba sembunyikan dari aku?" Tanya Day dengan suara yang garang.
"Oh, aku mesti tertinggal secara tidak sengaja kat sana, masa aku tukar baju. Aku tertanya-tanya kat mana," pantas Itt cuba membuat alasan kerana dia memang sengaja menyembunyikannya daripada Day.
"Tipu, kau tak mau aku tahu kau akan pergi ke reunion sekolah, kan?" tanya Day dengan tenang.
"Mana ada, aku dah cakap kan yang aku tertinggal dalam almari masa aku
menukar baju," Itt masih berkeras, tapi dia dah mula berpeluh.Dia tahu yang jika Day mengetahui perkara ini, dia pasti takkan membenarkannya untuk pergi.
"Ok, tapi aku still nak tahu. Kau ada plan nak pergi ke tak?" tanya Day.
Itt memandang Day teragak-agak
'Kau benarkan aku pergi ke?" Itt bertanya kembali.
"Aku tanya kau, tak suruh kau tanya
aku balik," kata Day dengan nada yang kasar."Hmmm... aku nak pergi... aku dah lama tak jumpa kawan-kawan lama aku," kata Itt dengan suara yang perlahan.
"Aku tidak benarkan kau pergi," kata Day sambil meletakkan kad itu di atas meja.
"Day, pleaseee... bagi aku pergi. Tolonglah.. Apa yang kau risaukan? Kenapa kau tak nak lepaskan aku? Gear dan Four pun pergi juga," kata Itt.
Day terhenti dan berpusing perlahan-lahan
"Bagaimana dengan Nick?" Day bertanya lagi.
"Dia tak satu sekolah dengan kami. Kami kenal masa kat uni," kata Itt sambil menyambung semula permainan videonya.
"Kalau aku lepaskan kau, jawab
aku ni. Kau tahu had kau? Banyak mana yang kau boleh minum? Adakah kau tahu macamana nak handle if ada orang yang cuba nak flirt dengan kau?" tanya Day lagi.Itt segera menoleh memandang Day sebaik mendengarnya.
"Day, aku bukan budak-budak yang tak matang yang tak tahu handle apa-apa. Lagi pula, Gear dan Four pun akan pergi sama-sama. Confirm mereka berdua takkan biarkan aku dapat masalah, mereka kan kawan aku. Selama ni pun, diorang selalu jaga aku." Itt cuba untuk mencapai kata sepakat dengan Day, yang memandang Itt sebelum mengeluh.
"Kau tahu aku cuma risaukan kau,"
kata Day dengan nada tertekan."Aku tahu," jawab Itt pendek.
"Kalau kau tahu, kenapa kau masih nak pergi?" tanya Day.
Itt menoleh memandangnya dengan mata yang marah.
"Day! Sejak bila kau jadi bodoh sangat? Aku nak pergi majlis reunion sekolah menengah jumpa kawan-kawan aku. Bukan nak mulakan perang dengan kau," kata Itt kembali.
"Kalau macam tu, kalau aku ada reunion sekolah menengah, kau benarkan aku pergi sendiri?" Day
bertanya balik.Day merenung Itt kosong seketika.
"Kita bincang semula hal ni lain hari," kata Day kerana dia ingin bertenang.
Dia berasa sedikit emosi sekarang, kerana itu dia cepat-cepat memotong
perbualan dan masuk ke bilik tidur.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...