Sebaik saja pintu bilik rawatan Night dibuka, spontan Day berkalih dan mengerutkan dahinya apabila melihat susuk kurus Itt melangkah masuk. Cepat-cepat Day menarik tangan Itt untuk masuk ke dalam bilik air.
"Kenapa kau datang? Aku dah cakap jangan datang, kan?" ujar Day dengan nada garang.
Namun, Itt tidak memberi perhatian kepada soalan Day kerana dia terkejut melihat kecederaan di muka dan tubuh Day.
"Kepala kau luka?" tanya Itt, menyentuh tempat luka yang sudah dirawat. Day masih memegang sebelah tangan Itt dan memerhatikan Itt.
"Kenapa kau datang?" tanya Day perlahan, masih memegang tangan Itt.
"Hm...err...aku datang lawat Gear dan Four. Dan aku...nak tengok kau hidup lagi ke dah mati? Jawab Itt sambil memandang ke arah tubuh badan Day, mencari jika ada kecederaan lain.
"Huh...orang macam aku...liat nak mati." Jawab Day.
"Erm...kau dah makan? Dah makan ubat?" tanya Itt lagi tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh Day.
"Belum." Jawab Day.
"Kenapa kau tak makan? Nanti lambat luka kau nak sembuh." Rungut Itt.
"Don't act like my mom, pergi balik dulu!! Pergi." Arah Day sebelum menarik lengan Itt untuk keluar dari bilik rawatan Night.
Day tak mahu sesiapa pun tahu kaitan tentang dirinya dengan Itt.
"That's..so...hm...aku memang takde hak untuk bercakap pun, kan?" balas Itt kuat, marah.
"Don't make any noise!!! Adik aku tengah tidur tu. Dah...pergi balik kondo." Arah Day.
"Ye lah...ye lah...aku balik. Kau boleh pergi mati kat mana-mana je yang kau suka." Kata Itt, marah...geram.
"If aku balik dan kau tak de dalam bilik, siap kau." Ugut Day, memandang Itt tajam.
Itt hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya terasa sangat geram dan marah apabila di tolak pergi seperti itu oleh Day. Dia lega kerana bila dia meninggalkan bilik rawatan Night, dia tidak terserempak dengan sesiapa yang mengenalinya.
Itt berjalan ke hadapan hospital sebelum menelefon seseorang untuk mengambilnya dari hospital. Tidak lama kemudian, bapanya datang menjemputnya untuk pulang ke rumah. Susuk kurus itu berjalan masuk ke rumah dengan eksperesi merajuk.
"Itt dah makan?" tanya ibunya lembut, apabila melihat anaknya melangkah masuk ke dalam rumah.
"Saya tak lapar, ibu. Saya masuk bilik dulu." Jawab Itt sebelum masuk ke dalam biliknya.
Itt mematikan telefon bimbit dan berbaring di atas katil. Susuk kurus itu hanya terbaring sambil memikirkan tentang dirinya dengan Day sehingga dia terlelap, tidak lama kemudian. Tidak lama kemudian, Itt terjaga apabila terdengar ketukan di pintu bilik tidurnya.
"Itt...Itt...bukak pintu untuk ibu." Terdengar suara ibunya, Itt bangun untuk membukakan pintu buat ibunya.
"Ada apa, ibu?" tanya Itt.
"Ayah mintak Itt pergi bersapa dengan Uncle Asupot, kawan kami. Hm...dia datang melawat ayah, dan diorang tanyakan mana Itt."beritahu ibunya.
"Eh,,,kenapa Itt kena pergi? Boleh tak kalau tak pergi?" Itt cuba mengelakkan diri.
"Itt nak suruh ayah datang panggil sendiri?" tanya ibunya. Itt melepaskan keluhan kecil sebelum mengangguk setuju untuk pergi.
Itt membuntuti ibunya untuk ke pejabat bapanya di kedai.
Rumah Itt mengusahakan perniagaaan mengimport pelbagai jenis aksesori kereta seperti alat ganti, peralatan audio atau aksesori kereta.
"Itt dah datang." Beritahu ibu Itt sebaik saja mereka melangkah masuk ke pejabat.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...