Bab 36

90 4 0
                                    

"Are you crazy,Day? Lama gila dah kes tu. Lagipun, pemandu teksi tu dah kena tahan polis. Tapi, aku taktau berapa tahun dia kat dalam tu." kata Itt, dan Day merenungnya melalui skrin komputer.

"Dah lama kan?" Day bertanya dengan suara yang tegas, dan Itt mengangguk

"Dah lama. Kenapa kau masih takut? Macamana if ada perkara yang mendesak dan kau perlu gunakan teksi? Apa yang kau akan buat?" Day bertanya dengan suara yang tegas.

"Aku takkan!" Itt berkata tanpa teragak-agak.

Day melepaskan keluhan kecewa.

"And if aku hampir mati, aku call kau so that kau akan datang jumpak aku, tapi kau takde kereta, dan hanya ada satu cara, dan itu adalah teksi. Kau akan datang jumpa aku tak?" Day bertanya lagi.

Itt terkedu dan merenung apa yang dikatakan oleh Day.

"Well.. I.. uh.." Itt tidak tahu bagaimana hendak membalas.

"Oh hmmm, dah la. Jom tukar topik sebelum aku naik angin. " Day menepis subjek itu dengan riak wajah yang tenang dan mengeluarkan sebatang rokok untuk dihisap.

"Kau marah aku ke?" Itt bertanya lembut.

"Taklah.. cuma menyusahkan aku sebab isteri aku ni penakut." Kata Day membuatkan muka Itt memerah.

"Pete dah balik?" Day bertanya lagi.

"Dah balik dah!" Itt menjawab, tetapi dia tidak menceritakan apa yang dia bincangkan dengan Pete kerana dia takut Day akan marah lagi.

"Day, boleh aku jumpa kau esok?" tanya Itt teragak-agak.

"Ayah kau marah nanti. Esok kau takde kelas, so stay di rumah!" Day berkata.

Itt kelihatan sedih kerana Day kelihatan sangat dingin.

"Kejap, aku boleh beritahu ayah aku aku ada kelas petang. Aku akan balik ke kondo." Itt berkata.

"Tak perlu. Esok aku ada kerja nak kena setel." Day berkata dalam nada membosankan kerana dia sudah merancang apa yang perlu dilakukan esok.

"Kau nak pergi mana? Aku nak ikut kau." Itt berkata

"Itt, kau bukannya budak kecil, dan yang ni...kau tak perlu ikut." Day berkata, dan Itt mengerutkan kening.

"Ah.. apa ni. Aku tak boleh ikut dan aku pun tak boleh keluar rumah pun. Ye lah...aku stay dalam bilik aku je. Aku tak nak tengok bulan dan matahari pun." Balas Itt sinis.

Day menggelengkan kepalanya sedikit.

"Semakin lemah kau, semakin mementingkan diri sendiri. If kau ada dekat aku, memang aku tampar kau." Day mengancam.

"Mari pukul aku sekarang juga. Aku nak kau datang ke sini dan tampar aku. Kau boleh pukul seberapa banyak kali yang kau nak. Cuma..." Ujar Itt lembut.

Day faham maksud yang ingin disampaikan oleh Itt.

"Jangan risau. Aku akan bagi kau lebih daripada satu tamparan." Day berkata.

Itt tidak memandangnya.

"Aku akan berurusan dengan orang yang sebarkan gambar kita esok." Day berkata terus terang, dan Itt segera mendongak.

"Kau tahu siapa yang buat? Siapa dia?" Itt bertanya ingin tahu.

"Kau tak perlu tahu. Kau nak aku datang ambil kau cepat.. so ... biar aku selesaikan perkara ini secepat mungkin. Bila aku dah selesai, aku akan selesaikan urusan dengan penghalang utama." Day berkata sambil ketawa.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now