Special - Halloween 🎃👻

50 0 0
                                    

"Ahhhh," jeritan Itt kedengaran apabila tangan seseorang menyentuh bahunya dan itu sangat  mengejutkannya.

"Apa kena dengan kau?" Suara garang Day kedengaran.

Itt yang sedang duduk di atas lantai sambil memeluk bantal mendongak.

"Damn it, Day. Jangan la pandang aku macam tu. Aku ingat kau ni hantu tadi. Kau ni ... menakutkan aku," rungut Itt, berasa lega kerana bukan hantu.

"Kau gila ke? Kau takut hantu, tapi kau still tengok ni?" tanya Day.

Selepas dia selesai mandi dan menukar pakaian, dia masuk ke ruang tamu. Dia melihat Itt sedang duduk di atas sofa sambil memeluk bantal dan kelihatan badannya keras. Dia sedang tekun menonton Shock Docs. Jadi, Day pergi untuk menepuk bahunya untuk menyuruhnya mandi.

*** Shock Docs ni siri real dokumentari dan menakutkan tentang pertemuan paranormal.

Ref : https://m.imdb.com/title/tt13237158/ ***

"Aku nak tonton ni kejap je lagi. Best ni. Meh la duduk sini, tonton dengan aku," ajak Itt sambil duduk semula di sofa dan menarik lengan Day untuk duduk di sebelahnya.

"Pergi mandi, sekarang. Dah lewat ni," ulang Day.

"Tunggula kejap. Biar aku tengok ni dulu," kata Itt, memohon.

Day menghela nafas kecil sebelum duduk di sebelah Itt, yang pantas bergerak menghampiri Day. Sepenuh perhatiannya tertumpu untuk mendengar cerita pengalaman orang yang pernah melihat hantu. Dia menonton sehingga giliran bercerita seorang lagi. Day menoleh memandang Itt.

"Dah habis cerita. Pergi mandi," Day cuba mengejar kekasihnya untuk pergi mandi.

"Itt," ulang Day apabila dia melihat Itt tidak bergerak

"Ye...ye....Aku pergi mandi," Itt mencebik kerana dia masih  mahu terus menonton rancangan itu. Dia bangun dan berjalan ke arah bilik tidur.

"Uh... Day," panggil Itt apabila dia sudah masuk ke dalam bilik, bersandar keluar dari bilik tidur untuk memanggil kekasihnya.

"Kenapa?" Day menoleh untuk bertanya.

Itt tersenyum gugup.

"Boleh tak kau tunggu aku depan bilik air?" Itt meminta dengan suara tersekat-sekat.

Day mengangkat sedikit keningnya.

"Jangan cakap yang kau takut hantu," tanya Day balik dan Itt mengangguk perlahan

"Itt, kau budak kecik ke?" Sinis Day bertanya tentang Itt yang takut dengan hantu sehinggakan dia tak berani nak mandi.

"Kenapa kau nak marah kena duduk depan bilik air? Kalau kau tak duduk teman aku, aku taknak mandi. Aku tidur je macam ni," balas Itt gugup.

Day melepaskan keluhan kecil.

***Jangankan Day....aku pun mengeluh dengan perangai ni Itt ni. Tak cukup kesabaran...dah lama melayang si Itt ni 😵‍💫***

"Dah...cepat pergi mandi. Jangan lari, nanti tergelincir pulak dalam tu," kata Day sambil berjalan ke bilik tidur untuk memerhati Itt.

Susuk tubuh kurus itu tersengih lebar apabila Day bersetuju untuk menunaikan permintaannya.

"Kalau aku panggil kau, kau kena jawab tau. Jangan pergi mana-mana," pesan Itt kepada Day sebelum masuk ke bilik air.

"Ye, aku tahu," jawab Day lembut.

Itt masuk kebilik air dengan santai.

"Day, kau still kat sana?" Itt memanggil dari bilik air.

Day, yang berdiri di luar pintu bilik air menggelengkan kepala.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now