Special - Day's Birthday 🥳

69 1 0
                                    

"Apa yang kau cari, Night?" Itt berjalan ke dapur untuk bertanya kepada adik Day.

Day telah meninggalkan Itt untuk tinggal bersama Night semasa dia pergi melihat perniagaan bersama bapa Itt di sebuah kilang. Pada mulanya, Itt merengek untuk ikut sama, tapi Day enggan membenarkannya. Katanya, dia tak mahu membunuh mana-mana pekerja di kilang itu sebab semuanya pekerja lelaki. Jawapan itu menyebabkan Itt ketawa dan memutuskan untuk tidak ikut.

"Night nak buat nasik goreng udang," Night menoleh menjawab Itt sambil tersenyum.

Itt mencondongkan badan ke hadapan untuk melihat.

"Nampak sedap. Kau ni Night, pandai semua benda, masak pun pandai. Phi je yang tak reti nak buat apa-apa macam ni," kata Itt.

"Ni sebab kami berdua terpaksa belajar untuk hidup berdikari. Kami hanya berdua sebelum ni. P'Itt, kau pun pandai dalam banyak perkara. Night nampak cara phi cekap dengan pemasangan dan service sound system kereta." kata Night memuji sambil ketawa.

"Mestilah kena cekap, itu je yang aku tahu." kata Itt kembali.

"Ye ke? Kalau macam tu, kenapa bila ada P'Day, P'Itt berlagak macam anak kucing? P'Itt selalu merap pada P'Day, dan bila phi tak berjaya, mesti phi merajuk," usik Night.

"Untuk mendapatkan apa yang phi nak, memang kadang-kadang sampai terpaksa bergaduh dulu," kata Itt kembali bergurau.

Dia tahu sangat bahawa Night hanya mengusiknya. Night menutup dapur gas. Dia meletakkan nasi di atas pinggan untuk dia dan Itt. Mereka duduk dan makan di meja berhampiran di laman rumah

"Oh, Night, dalam beberapa hari lagi hari jadi Day. Kita nak buat apa? Phi tak boleh fikir nak buat apa untuk dia, lagi-lagi lepas apa yang Day dah buat masa birthday phi hari tu. Dia buat macam-macam untuk phi, tapi phi masih takde idea apa-apa cemana nak celebrate birthday Day." kata Itt dalam nada tertekan.

"Bila birthday P'Day, kami cuma keluar makan. Kadang-kadang, Night akan belikan dia hadiah. P'Day selalu suruh Night simpan je duit, jangan membazir. Dia selalunya akan suruh jaga diri dan focus pada study, itu dah cukup untuk dia." kata Night.

Itt mengeluh.

"Perbezaan kami, kadang-kadang buakan phi terfikir...betullah phi orang yang tepat untuk Day?" Itt berkata apabila dia mendengar apa yang dikatakan oleh Night.

"Macam mana masa kecil dulu? Ayah dan ibu pernah adakan majlis hari jadi untuk korang berdua?" Itt bertanya kerana ingin tahu.

"Mereka pernah buat  parti hari jadi Night, tapi untuk birthday Day, P'Day taknak. Dia mintak ayah ibu untuk simpan duit diorang dan gunakannya untuk parti Night," kata Night kerana begitulah keadaannya, selama mampu yang dia ingat.

Ini membuatkan Itt sedar yang Day tak pernah mengambil berat tentang keseronokan, walaupun sebagai seorang kanak-kanak. Dia juga sorang yang sangat menyayangi adiknya. Maka, tak hairanlah Day tak begitu mempedulikan cuti atau perayaan.

"Apa yang perlu phi lakukan untuk menarik perhatian dia? Dia selalu ada dan macam-macam yang dia buat untuk phi," Itt bersuara lembut.

Dia memandang cincin yang dipakainya .

"Night rasa, apa sahaja yang P'Itt plan untuk P'Day, walaupun kecil, Night percaya yang ianya akan sangat bermakna pada P'Day. P'Itt jangan risau sangat. Cukup lakukan apa yang phi mampu. Mengenali P'Day, cukup sekadar P'Itt bersamanya pada hari lahirnya sudah lebih daripada
mencukupi," kata Night kerana dia cukup memahami abangnya untuk mengetahui perkara ini.

Dia banyak berkorban sehingga kadang-kadang dia terlupa tentang keperluannya sendiri. Itt terdiam seketika sebelum tersenyum

"Hmm.. terima kasih, Night," kata Itt sambil tersenyum.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now