Bab 4

183 4 0
                                    

📲 Kringggg.... Kringgg...

📱"Nak apa?" Itt menjawab panggilan dengan soalan singkat.

📱"Kau tak de depan aku...kau berani cakap macam tu dengan aku, Itt?" kata Day di hujung talian.

📱 "Kau depan aku ataupun tak, aku tetap cakap macam ni. So, kau nak apa? Bukan kau baru call adik kau, tadi?" kata Itt.

📱 "Macamana kau tau aku call adik aku?" tanya Day.

📱 "Aku sedang lunch dengan geng dia." Balas Itt.

📱 "Kalau kau sedang makan dengan geng adik aku, maknanya Gear pun ada situ?" tanya Day, garang dan kuat.

📱 "Dah kenapa kau nak jerit? Well...ada benda aku nak bagitau kau." Beritahu Itt.

📱"Apa?" tanya Day kembali.

📱"Night dengan Gear, dah dating balik." Jawab Itt sambil menjauhkan telefon bimbit dari telinganya, sebab dia ingat Itt akan mengamuk dan menjerit, tapi sebalik....

📱"Hey...Day....hey...kau terkejut sampai mati ke?" tanya Itt.

📱"Kau yang akan mati. Aku takkan pick up kau balik kondo hari ni. Balik sendiri." Kata Day dengan nada tenang.

📱"Kau tak ambil aku? So, boleh aku balik rumah?" pantas Itt bertanya.

📱"Bila kau sampai kondo, mandi dan bersiap. Lepas siap kerja aku, aku balik jumpa kau." Day tidak menjawab soalan Itt, tapi Itt tahu yang Day memang takkan menjawab soalannya tadi.

📱"Tapi, macmana aku nak masuk rumah dengan takde kunci dan kad?" tanya Itt, geram.

📱"Pergi ke opis kondo, jap lagi aku call untuk extra card dan inform diorang dulu." Jawab Day semula.

📱"Ok," Itt menjawab dan memutuskan talian.

"Kenapa lah hidup aku kena terbabit dengan orang macam dia?" Rungut Itt sebelum kembali duduk untuk makan bersama teman-temannya.

Selepas kenyang. Itt berjalan dengan Four. Four heret Itt untuk ikut Gus. Dan dengan sengaja Four melanggar Gus sedikit, tapi dengan segera Gus di tarik oleh teman-temannya.

"Kenapa kau suka usik dia macam tu, Four?" tanya Itt, bingung.

"Saja suka-suka. Bagus juga kalau dia ada takut dengan sesiapa." Balas Four.

"Tapi, aku rasa kau usik dia dengan melampau. Kau fikir apa dengan adik Gear tu?" Tanya Itt.

"Kau tak yah tahu, tapi...kau gomoi dengan bini jenis apa ni? Damn...tengkok kau penuh dengan tanda." Four menukar subjek. Mendengar soalan Four, cepat-cepat Itt cuba melindung tengkoknya.

"Oh...takyah tahu lah. Tak de apapun." Jawab Itt.

"So, kau nak pergi toilet tak?" Itt pulak mengubah subjek perbualan.

"Tak lah, jom kita balik ke group kita." Jawab Four sebelum melangkah menuju kumpulan teman-teman mereka sambil diikuti oleh Itt.

........

Sebaik kelas berakhir, Itt cepat-cepat melarikan diri dari teman-temannya sebab dia takut tertangkap apabila tiada siapa akan mengambilnya seperti yang dia beritahu mereka tengahari tadi.

Mulanya Day cakap, nak datang jemput. Tapi, sudahnya Day suruh Itt balik sendiri. Itt tak suka naik teksi sendirian dan tak tahu nak naik bas mana untuk balik ke kondo. Tapi, akhirnya Itt memilih untuk menaiki bas. Itt mengambil keputusan untuk bertanyakan dengan junior yang sedang berdiri di hentian bas.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now