Bab 30

116 5 0
                                    

"Ya?" Itt menjawab

"Korang datang berdua saja ke?" Kata lelaki itu. Itt perasan lelaki tinggi lampai yang kelihatan seperti model itu kelihatan bersusuk atletik.

"Berapa orang yang kau nampak?" Kata Itt dengan nada rendah.

"Itt, cakap elok-elok! Kami berdua saja." Nick menepuk bahu rakannya sebelum menjawab.

"Tak apa, aku nampak korang berdua masa kat air terjun, aku syak kau berdua saja. Korang nak join kami? Well.. my friends are going to sing something, want to join?" Kata lelaki tinggi lampai itu sambil tersenyum.

"Aku rasa.." Itt akan menolak

"Tentu!" Nick bercakap dahulu, memotong kata-kata Itt. Itt menoleh memandang rakannya dengan mata yang bengis.

"He's so sweet! By the way, siapa nama kau?" Nick bertanya sambil tersenyum.

"Nama aku Ball, ini Bas, Nie, No, dan Kit." Ball memperkenalkan kawan-kawannya.

"Baiklah.. Aku Nick, dan ini Itt." Nick tersenyum, dan Ball mengangguk.

Itt masuk ke dalam bilik air tanpa berkata apa-apa. Sebaik sahaja mereka berdua mandi dan menukar pakaian, Itt dan Nick kembali ke khemah, dan secara kebetulan, khemah Ball berada betul-betul di sebelah mereka.

"Kau ni betul rhino macam Neil cakap. Aku bagitahu Neil nanti!!" Kata Itt sambil duduk dalam khemah bersama Nick.

"Dia akan bunuh aku.." kata Nick

"Kalau dia bunuh kau, jangan salahkan aku. Tapi sekarang aku lapar, jom cari makan kat kedai tu dan beli lampu suluh. Kita tak well prepared dan Night tak explain dengan clear apa yang patut kita bawak. Dia cuma suruh kita untuk bawa khemah, tilam dan pakaian." Itt berkata

"Kenapa kau nak pergi beli makanan? Ada cara nak dapatkan free food!"

"Itt dan Nick, jom makan sama-sama!" Suara Ball memanggil dari di luar khemah.

Khemah Ball agak selesa. Terdapat banyak makanan dan sekumpulan pemain bola sepak. Walaupun terdapat ramai pelancong, Masih terdapat banyak privasi.

"Kitorang datang sekarang!" Nick menjerit kembali sebelum menoleh memandang rakannya.

"Jangan buat muka macam tu, Day akan datang tak lama lagi, tapi sementara dia tak ada, buat macam kau sedang berehat." Nick berkata. Itt melepaskan keluhan sebelum meninggalkan khemah untuk menyertai kumpulan Ball.

"Sila duduk!" Ball menjemput. Nick tersenyum dan menolak Itt untuk duduk di sebelah Ball. Terdapat tikar  untuk mereka duduk di atas rumput dan beberapa makanan di tengah-tengah bulatan. Nick duduk di antara Itt dan Job.

"Kami letak barang segar dalam baldi ais. So, boleh masak sendiri." Ball berkata

"Baik!" Kata Nick sebelum Kit menolak makanan kepada Nick. Ball juga mendapatkan makanan untuk Itt. Itt duduk makan sambil Nick berbual dengan kawan-kawan Ball.

"Sedap tak, Itt?" tanya Ball.

"Sedap!" Itt menjawab, merasakan bahawa Ball ialah orang yang baik. Dia baik dan mengambil berat terhadap rakan-rakannya, seperti Itt dan Nick. Ini membuatkan Itt berfikir bahawa Day hampir tidak pernah bercakap dengannya dengan baik. Day sentiasa garang, menjerit, dan menyakitinya sepanjang masa. Tetapi Itt berasa senang bersama Day.

***Oh my dear ...itu namanya Stockholm syndrome.***

~ Sikit note from wikipedia....
Stockholm syndrome is a proposed condition or theory that tries to explain why hostages sometimes develop a psychological bond with their captors. It is supposed to result from a rather specific set of circumstances, namely the power imbalances contained in hostage-taking, kidnapping, and abusive relationships. ~

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now