Bab 26

134 5 0
                                    

📲 Kringggg... Kringggg...

Telefon Itt berbunyi, membuatkan dia menggigil. Dia cepat-cepat mengambil telefon dan melihat siapa yang memanggil.

"Aku nak keluar dan jawab call kejap." Kata Itt kepada Pete apabila dia melihat panggilan itu daripada Day.

"Kau boleh keluar tunggu depan kedai, kejap aku bayar dan follow kau." Kata Pete.

Itt tergesa-gesa dan berjalan keluar dari kedai untuk segera menjawab panggilan.

📱"Kau kat mana?" Kedengaran suara Day kasar

📱"Kat mall!" Balas Itt dengan nada tegas kerana geram pada Day.

📱"Kau buat apa kat mall tu? Kan aku cakap aku akan jemput kau dari kolej?" Day berkata dengan suara
geram.

📱"Kau tak yah dok bengang dengan aku merayap. Cer kau tengok phone  kau tu? Berapa banyak misscall dari aku? Kelas aku dah lama selesai. Dah berejam aku try call dan tunggu kau macam tunggul kat kampus. Aku kelaparan. So, aku keluar makan dengan kawan-kawan and singgah untuk membeli beberapa barang kerja untuk assignment yang profesor bagi. " kata Itt

📱"Aku tertidur, dan aku terlupa nak on kan phone." kata Day terus terang.

📱"So, kalau kau bangun pukul 4 atau 5, aku kena tunggu...congok...sambil tengok hantu universiti?" Itt berkata lagi

📱"Jangan banyak cakaplah. Kau kat mana ni? Aku pick up." Kata Day.

📱"Eh.. tak payah lah, aku naik bas balik!"

📱"Kau kat mana?" soal Day lembut.

Day berdegil untuk
mencari dia.

📱"Kat mall, kalau nak datang pick up... aku tunggu kau kat tepi fountain!"

📱"Ok, tunggu aku kat situ. Kau jangan nak merayap ke lain pulak." Kata Day lalu meletakkan telefon.

Pete sedang meninggalkan kedai, mendapatkan Itt

"Kau nak aiskrim ke?" tanya Pete

"Tak. Berapa makan tadi?" Itt bertanya kerana dia sepatutnya membayar makanan.

"Tak perlu, aku dah settlekan. So, kau tak nak makan aiskrim dah la kan? Sebab Day akan datang jemput kau?"
Tanya Pete perlahan. Itt tidak memandangnya.

"Hmm!" Itt menjawab ringkas.

"Okay, kau taknak berkawan dengan aku dan aku pun taknak ada apa-apa masalah dengan Day. So, aku balik dulu. Apapun, aku happy sebab kau sudi lunch dengan aku hari ni." Pete berkata

"Sorry.." Itt berkata bersalah.

"Don't bother, apa nak buat. Kau dapat tuan yang super garang macam anjing."

"Siapa punya siapa? Jangan cakap merapu!" Itt, tersipu-sipu mendengar kata-kata Pete.

"Yeah tuuuu, baik.. aku ciao." Kata Pete.

"Em.. thank you for the lunch!" Itt berkata

"Lain kali, kau pulak yang belanja!" Itt mengangguk sebelum Pete pergi. Itt berjalan ke arah air pancut Paragon dan menunggu Day. Itt duduk dan berfikir tentang betapa mudahnya bercakap dengan Pete dan berkawan dengannya. Itt sedang duduk dan bermain telefonnya untuk membunuh masa apabila telefonnya berdering.

📱"Kenapa?" Itt menjawab

📱"Kau kat mana?" tanya Day

📱" Aku tengah lepak di halaman dekat dengan air pancut Paragon. "

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now