Special - Krismas 🎄 🔞

152 2 0
                                    

🔞

"Day, aku pergi mall dengan Nick." Itt memanggil apabila Day duduk di sofa di hadapan TV dan membaca pendapatan dan perbelanjaan pendkaun rambutnya.

"Apa yang akan kau lakukan?" Tanya Day perlahan tanpa mengalihkan pandangannya dari kertas di hadapannya.

"Aku akan pergi membeli barangan runcit dan makanan ringan!" Itt berkata lagi.

"Biar aku yang bawak kau!" Day berkata, dan Itt mengerutkan kening.

"Macam mana kau nak bawak aku? Kau still tengah keja, kan!" Itt bergumam.

"Tunggu aku habiskan kerja aku. Kejap je lagi! Kau nak pergi mana rushing rushing ni?" Day berkata sebelum menoleh melihat ke arah Itt.

"Tak boleh ke kau biarkan aku pergi sendiri?" Itt bertanya

"Aku cemburu!" Day menjawab pendek.

"Apa kejadahnya? Aku pergi dengan kawan aku!" Itt berkata, kesal.

"Pukul berapa kau nak balik?" Day bertanya lagi.

"Aku tak tahu!" Balas Itt selamba.

"Paling lambat pukul 5!" Day berkata, dan mata Itt terbeliak.

"Maknanya, aku boleh pergi?" Itt segera bertanya apabila Day terus melihat kertas di hadapannya.

"Yeah, aku call Nick suruh dia bersiap." Itt berkata dengan gembira kerana buat kali pertamanya Day membenarkan Itt keluar tanpa dirinya untuk mengawalnya seperti biasa. 

Itt menukar pakaian selepas menghubungi kawan baiknya, walaupun dia tinggal satu tingkat di bawah. Itt berjalan ke arah Day, yang duduk di tempat yang sama

"Day, hari ni hari apa?" Itt bertanya sambil tersenyum.

"Selasa!" Balas Day sambil membuat muka selamba.

Day menoleh memandangnya sebelum mencapai kalendar berhampiran.

"Betullah!" Kata Day lagi sambil menghulurkan kalendar Itt. 

Itt melihat sekali sebelum menarik nafas dalam-dalam.

"Ye, kau betul. Hari ini hari Selasa. Better aku pergi sekarang!" rungut Itt sebelum bangun dan beredar. 

Day berkalih untuk melihat ke belakang, menggelengkan kepalanya, dan tersenyum. Itt turun ke bawah untuk berjumpa Nick di tempat letak kereta.

"Kau buat apa...lama sangat?" Nick merungut.

"Aku bercakap dengan Day.. gila.. dia tak tahu hari ni hari apa!" rungut Itt kepada rakannya.

"Lupa la tu!" Nick menjawab

"Hmmm, mungkinlah, tapi aku teringin nak tengok dia lebih excited pada hari macam ni. " Itt berkata dengan tenang.

"Okay, well, he'll come to his senses. Tapi kan, aku tak faham, kau berketurunan Cina, Itt. Kenapa kau teruja sangat dengan Krismas?" Nick bergurau dengan rakannya, yang kelihatan teruja dengan Krismas.

"Krismas is a happy day, salah ke aku excited. Tapi kau dengan Neil?"

"Takde apa. Dia memang dari England dan biasanya dia raikan Krismas dengan keluarganya setiap tahun. Tapi ini tahun kureng bagus. So, dia hantar aku beli something untuk dimasak malam ni." kata Nick membuatkan Itt terfikir yang teman lelakinya sendiri tidak kelihatan seperti Neil. 

"Nah, jom.. Day pesan supaya aku jangan pulang lambat. Aku kena balik sebelum pukul 5 petang." Kata Itt. 

Mereka menuju ke pusat membeli-belah besar berhampiran kondo. Bahagian dalam pusat membeli-belah itu dihiasi dengan perayaan Krismas. Terdapat pokok Krismas di pusat membeli-belah itu, dan ramai pekerja berpakaian seperti Santa Claus untuk menarik pelanggan. Itt dan Nick pergi ke pasar raya untuk membeli apa yang dipesan Neil.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now