Bab 17

133 4 0
                                    

Pete memandang ke arah Day apabila dia mendengar kata-kata Day.

"Aku datang sini, nak bercakap dengan Itt. Bukan nak bercakap dengan kau." Balas Pete dengan nada geram, menyebabkan Itt risau.

"Aku taknak cakap dengan kau, Pete!! Pergi balik ke kawan-kawan kau." Itt mula geram dengan perangai Pete yang suka mencari pasal dengan Day, sebab dia juga tahu yang Day tak puas hati Pete datang mengganggu mereka makan.

Itt memandang Day yang kelihatan sangat tenang, tenang sehinggakan Itt rasa sangat takut.

"Orang cantik memang selalu kejam, kan?" kata Pete yang tidak mempedulikan Day. Pete masih merenung ke arah Itt dengan kepala yg disengetkan.

"Huh...Day...chill. Sabar." Itt cepat-cepat bangun dan menarik bahu Day yang tiba-tiba bangun, Itt memandang Day dan risau sesuatu bakal terjadi.

Pelanggan di meja lain mula berkalih memandang ke arah meja mereka dek kekecohan yang di lakukan oleh Pete. Kawan-kawan Pete cepat-cepat mendekati mereka, tapi tidak melakukan apa-apa.

"Kau suruh aku bertenang, Itt? Bukan ke lebih mudah if kau suruh this bastard untuk berambus dari sini?" Day menekan suaranya, sambil memandang tepat ke arah Pete.

"Excuse me, ada masalah?" tanya pengurus restoren sebaik menghampiri mereka.

"Urm...tak..takde apa-apa. Sikit salah faham je. Sorry." Itt menjawab pengurus restoren yang masih berdiri memandang ke arah Day dan Pete, mungkin dia bimbang mereka berdua akan melakukan kekecohan yang akan mengakibatkan kerosakan kepada restorennya.

"Hey Pete. Aku merayu...kalau kau tak mahu get me into trouble...tolong blah dari sini dengan kawan-kawan kau." Suruh Itt dengan nada tertekan.

Pete bangun dan memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Okay...aku blah...untuk kau. See you later!! Kita pasti akan jumpak lagi nanti." Kata Pete apabila melihat Itt yang sangat tertekan.

"Will you meet in hell?" tanya Day, tenang.

Day mengetap giginya sehinga terlihat urat-urat timbul, Pete mengangkat bahunya tanda tak peduli sebelum berlalu pergi. Melihatkan itu, pengurus restoren juga berlalu pergi. Day memandang tenang ke arah Itt.

"Jom duduk, kita sambung makan." Ajak Itt dan Day setuju untuk duduk.

"Dari mana setan tu?" tanya Day perlahan.

"Pete?" tanya Itt untuk mendapatkan kepastian.

"Well...sapa lagi yang kau fikir?" tanya Day, garang.

"Mana lah aku tahu." Jawab Itt, jujur.

"Apa nama betul dia? First dan last name?" soalan Day menyebabkan Itt berkerut.

"Kenapa kau nak tahu?" tanya Itt.

"Aku tanya....kau jawab." Kata Day.

"Mana aku tahu. Aku jumpak firsttime, semalam!! Kau memang takkan bagitahu aku, apa kau nak buat...kan?" tanya Itt, dia penat. Itt meletakkan chopsticknya.

Itt terasa lebih sakit kepala, berbanding sebelum kejadian tadi. Day memandang ke arah Itt, sebelum berkalih memandang Pete yang duduk tidak jauh dari mereka.

"Mulut belum putus susu, ada hati nak cabar aku." Day mengetap giginyanya, marah.

"Day, jangan cari pasal lah. Badan kau pun belum betul-betul sihat. Demam kau dah ok? Lagipun kau sorang, diorang 4 orang. Kau rasa...kau boleh lawan diorang? Cuba terima kenyataan." Kata Itt kerana dia biasanya memang tak berapa handal dalam bergaduh. Tidak seperti Gear dan Four yang selalu melindunginya.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now