Day mendiamkan diri. Day masih memeluk Itt dari belakang, menyembunyikan wajahnya di belakang telinga Itt. Dalam masa yang sama, Day menarik Itt untuk lebih rapat dengannya, dan ianya mengejutkan Itt.
"Kau ok?" tanya Itt.
Namun, tiada respon dari Day.
"What the hell are you doing?" sergah Itt apabila tiada jawapan dari Day. Day memperkemaskan pelukannya.
"Aku tengah berfikir." Jawab Day, tenang.
Itt berasa tak selesa dengan jawapan Day. Dia cuba berkalih untuk menghadap Day, namun Day memperkuatkan pelukannya.
"Duduk diam-diam! Aku cuma nak peluk kau, kau nak pergi mana? Atau kau nak aku buat benda lain?" tanya Day, garang. Itt berhenti bergerak dan melepaskan keluhan panjang.
"Damn it! Aku cuma nak kalih, nak mengadap kau. Nak kalih pun dah tak boleh?" balas Itt, kecewa.
Day mendiamkan diri, namun melonggarkan pelukannya...memberi ruang untuk Itt berkalih mengadapnya.
"Arghh...dah kenapa kau tampar aku?" rungut Itt, kerana sebaik saja dia berkalih, Day menamparnya di mulut. Tak kuat, namun tetap mengejutkannya.
"Berani kau naik suara kat aku?" tingkah Day, sambil berkalih untuk berbaring menelentang dengan sebelah tangannya di letakkan di atas dahi.
"What the hell! Kalih kalih je dah kena serang dengan rimau." Bebel Itt sendirian, perlahan. Day memerhatikannya.
"Aku penat la, mangkuk. Kau nak aku kalih mengadap kau ke? Nak aku kalih sekarang?" tanya Day sambil berkalih mengadap Itt. Itt berundur kerana terkejut, tak menyangka Day mendengar rungutannya. Rasanya dah habis perlahan.
"Aku gurau." Balas Itt, namun dia tahu...Day tak percaya.
Suasana sepi memenuhi bilik, Itt pasti banyak yang sedang Day fikirkan. Kalau tidak, manakan mungkin dia setenang itu.
"Kau sedang fikirkan tentang adik kau?" Itt memutuskan untuk bertanya.
Day mengecilkan matanya, melihat ke arah Itt.
"Dalam hidup aku...ada siapa lagi yang boleh aku fikirkan?" Day menjawab tenang.
Jawapan itu, memicu rasa sakit di dada Itt. Namun Itt sedaya upaya untuk tidak memberi perhatian kepadanya.
"Then, kenapa kau tanya pasal parents Gear? Apa kena mengena diorang dengan hal ni?" tanya Itt, ingin tahu. Day berkalih untuk memandangnya.
📲Kringgggg... Kringgggg...
Telefon bimbit Day berdering, sebelum sempat dia menjawab apa-apa. Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja di tepi katil. Day berkerut melihat kepada nombor yang memanggil.
📱"Kenapa Fu?" kalut Day menjawab panggilan itu, kerana Fu sedang menjaga Night.
📱"Hello...Day!! Night hilang dari bilik hospital. Aku tak dapat cari dia kat mana-mana." Suara cemas Fu sampai kepada Day, menyebabkan Day terbangun dari pembaringannya. Itt yang juga sedang berbaring di sisinya, memandang Day dengan terperanjat dan bingung.
📱"Apa kau kata? Adik aku hilang? Bukan kau jaga dia ke, Fu?" jeritan Day mengejutkan Itt.
📱"Aku turun bawah, pergi ambik barang kat kereta. Sebelum aku pergi, Night tengah lena." Jawab Fu, tertekan.
📱"Damn it!! What's going on? Mesti Gear punya kerja...that bastard belum give up lagi?" jerit Day, kuat kerana baginya hanya Gear saja yang akan melarikan Night daripadanya.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...