***This chapter akan ada crossover dari siri Unforgotten Night, Kim. Aku suka gila Kim dari Unforgotten Night, dia cantik 😆. Aku lebih suka Kim version Unforgotten Night compared to version Love Syndrome 3. Tapi the best visual version Day&Itt from Love Syndrome 3.🫰🏻***
Loceng pintu berbunyi. Itt yang sedang menonton TV berhenti untuk bangun dan membuka pintu.
"Oh, hey. Aku ada bawakan something untuk kau pass kan pada Day," kata Neil, segera menghulurkan sampul surat kepada Itt.
Itt mengambilnya dan Neil beredar untuk kembali ke rumahnya. Itt masuk ke dalam bilik sambil memegang sampul surat berwarna biru terang
"Siapa yang datang, tadi?" Tanya Day apabila melihat Itt menghampirinya
"Neil. Dia suruh aku bagi ni kat kau," kata Itt sebelum menghulurkan sampul biru itu kepada Day, yang mendongak sedikit.
"Buang," kata Day.
"Huh, kenapa? Neil suruh aku bagi kau. Kenapa kau tak nak tengok dulu? Kau gaduh dengan dia?" tanya Itt terkejut.
"Aku tak gaduh dengan Neil, so kau tak perlu nampak terkejut sangat," Day berkata perlahan apabila melihat wajah kekasihnya.
"Kalau begitu kenapa kau nak buang sampul ni? Apa dalam sampul ni?"Itt bertanya dalam kebingungan.
"Sebab aku tak berminat dengan benda yang ada dalam tu." Jawab Day, malas.
"Kalau macam tu, boleh aku buka tengok?" Itt meminta izin sebelum melakukan apa-apa.
Day mengangguk, mengiyakan sebelum meneruskan kerja. Itt segera membuka sampul surat itu dan melihat ke dalamnya. Dia dapati yang itu adalah jemputan ke majlis sekolah menengah Day .
"Kenapa kau nak buang benda macam ni?" Itt menjerit apabila mengetahui ianya ialah kad jemputan majlis reunion sekolah menengah mereka.
"Aku taknak pergi," jawab Day pendek.
"Kenapa tak?" Itt segera bertanya dengan terkejut.
"Aku tak berminat, so....aku taknak pergi," Day memberikan jawapan yang sama seperti tadi.
"Day, aku nak real reason. Kau pernah pergi reunion sekolah menengah kau?" Itt bertanya kerana ingin tahu
"Tak pernah," jawab Day, membuatkan Itt terduduk dengan riak muka yang hairan.
"Kau tak perlu tengok aku dengan muka penuh tanda tanya gitu. Aku takde apa-apa masalah dengan sesiapa. Aku cuma taknak pergi. Aku cuma ada few close friends. Kalau aku rindu atau nak jumpak diorang, aku boleh jumpak dengan diorang pada bila-bila masa je. Takde sebab untuk aku pergi jumpak diorang kat reunion." Day menjelaskan alasannya.
Itt mengangguk kerana dia faham.
"Tapi...walaupun macam tu, at least...try lah pergi sekali," kata Itt lagi.
Day memandangnya dengan curiga.
"Kenapa kau nak aku pergi?" Day bertanya balik.
"Haha... sebab aku nak ikut kau," balas Itt sambil ketawa nakal.
Day segera mengangkat kening sedikit.
"Kenapa? Kau plan nak buat apa kat sana?" tanya Day.
"Aku just nak tahu pasal zaman sekolah menengah kau je. Aku nak dengar cerita lama kau. Jom lah, Day," rayu Itt kerana ingin melakukan sesuatu dengan Day.
Day menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Itt hanya tahu yang Day membesarkan adik lelakinya seorang diri sejak ibu bapanya meninggal dunia. Selain itu, Itt tidak tahu apa-apa tentang masa lalu Day.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...