Ok, aku tahu korang nak balik sama, tetapi... aku just nak remind yang Nong Itt belum makan malam lagi." kata Belle, meninggalkan Itt dalam diam. Itt berasa lega kerana Day setuju untuk kembali bersamanya.
"Kalau kau tak ada kesedaran, sendiri yang akan mati kelaparan." Kata Day dengan mata tertancap pada Itt.
"Hei, Day, ini bukan suami baru P'Belle ke?" Bank berseloroh untuk menceriakan suasana. Day segera menoleh memandang tajam ke arah Bank.
"Ke kau yang berminat nak jadi suami baru untuk Belle?" Day bertanya serta-merta.
"Oh,tak.. tak.. Nong Ingfah tidak mahu ibu baru, betul tak, Ingfah?" Bank berpaling untuk bertanya kepada anak perempuannya.
"Uncle Day dah nak balik?" Tanya gadis itu sambil bersandar ke arahnya. Day membawanya dalam pelukan.
"Ya, uncle dah nak balik. Nanti mintak ayah kamu bawa kamu gunting rambut di salun uncle, ya." Day segera menukar nada suaranya.
"Baik." Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.
"Bank, nanti bawak anak perempuan kau pulang. Kau suka bawak dia ke kedai. Bad example, Bank. Tak sesuai bawak Nong Ingfah ke sini." Day menoleh memandang Bank, mengingatkan pemilik kedai yang lebih muda daripadanya.
"Terima kasih, P'Belle, sebab tolong bawa saya ke sini." Itt memberitahu Belle dengan nada yang tenang.
"No problem, Phi balik rumah dulu, jumpa esok." Balas Belle.
Itt tersenyum kecil dan merasakan bahawa situasi di antara mereka telah berubah, mereka berdua lebih bertenang menangani situasi. Berbanding sebelum ni.
"Jom, ikut aku!" Day menjerit sebelum meluru keluar dari kedai, Itt pantas mengikut langkah Day.
Itt masuk ke dalam kereta, dan Day segera memandu keluar dari situ. Kereta itu sunyi. Itt berasa tidak berdaya kerana dia tidak tahu bagaimana mahu menangani mood Day walaupun dia bersetuju untuk kembali ke kedai bersamanya. Selepas Day memandu agak jauh, dia tiba-tiba berhenti mengejut.
"Kenapa kau berhenti sini?" Itt bertanya
"Turun dan pergi beli something untuk dimakan." Day berkata dengan suara yang tegas.
"Tak payah.. tak rasa nak makan." Balas Itt.
"Turun dan pergi beli sekarang!" Day berkata dengan nada dalam.
"Kalau aku taknak?" Itt bertanya, dan Day menoleh memandangnya.
"Jangan buat aku marah, Itt." Day berkata dengan suara yang letih.
"Ok...aku pergi!" Kata Itt sebelum keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai.
Tidak lama kemudian, dia keluar dengan membawa beberapa barang di dalam begnya. Itt kembali ke kereta, dan Day memandu terus ke salon. Sesampai sahaja mereka berdua masuk ke dalam kedai . Day mengunci pintu dan menuju ke tingkat atas, mengabaikan Itt.
"Day, kau tak nak makan ke?" Itt bertanya
"Aku taknak makan." Day memjawab ringkas sebelum naik ke atas. Itt duduk dan makan seorang diri, tidak berani naik ke atas untuk bertemu Day. Sejurus kemudian, Itt pergi duduk di sofa di dalam stor tanpa membuka lampu. Itt mengambil telefonnya dan menghubungi kawan baiknya.
📱"Aku ingat kau dah lupakan aku!" Satu suara memerlinya kedengaran. Itt terdiam kerana tidak tahu bagaimana hendak bercakap dengan kawan baiknya.
📱"Itt.. are you okay?" tanya Nick risau apabila Itt cuma membisu.
📱"Aku ok... Cuma rasa penat je." Kata Itt.
📱"Apa yang kau letihkan sangat? Atau Day gunakan kau to the max sampai kau lembik, dah takde kekuatan untuk bangun?" Nick bergurau. Itt kembali terdiam apabila mendengarnya.
YOU ARE READING
Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)
RomanceNon profit translation Penulis asal : Yeonim I love you so much...So brutal! Bermulanya kisah Day & Itt. "The rapist can't end up with his victim unless he does something to prove his love right?" If sensitive, I don't recommend it. Novel contains...