Bab 37

73 3 0
                                    

Kata-kata Day membuatkan ibu bapa Itt, termasuk Itt, sedikit bingung. Itt memandang Day dengan air mata yang masih mengalir di wajahnya.

"Kenapa kau menangis, Itt? Kau tak malu ke orang lain tengok?" Kata Day, walaupun mereka bertegur sapa, mata Day sedikit berkilauan kerana tidak mahu melihat air matanya pada waktu sebegitu.

"Aku tak malu.. peluk aku, Day!" Itt menjawab dengan lantang.

Itu membuatkan ayah Itt melihat sekeliling.

"Balik kerja!" Bapa Itt menjerit kepada orang bawahannya, dan mereka semua bergegas kembali ke tempat kerja. Dia menoleh ke arah Day.

"Kau boleh balik. Dan jangan datang sini lagi, Day!" Kata ayah Itt dengan suara yang tegas.

"Saya for sure akan kembali. Saya akan terus datang sini sebab Itt ada sini!" Day berkata dengan suara yang tenang.

"Kenapa susah sangat nak cakap dengan kau?" Kata ayah dengan nada kesal

"Lebih susah bercakap dengan uncle!" Day berkata tanpa rasa takut.

Itt menoleh memandang ayahnya, takut dia lebih marah daripada sebelumnya, tetapi ternyata dia hanya menarik nafas panjang dan tidak merungut. Ayahnya menarik Itt kembali ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa, tetapi Itt tetap berkeras.

"Day.. huh!" Dia menoleh ke Day dengan air mata, tetapi dia tidak dapat menahan kekuatan ayahnya dan segera masuk ke dalam rumah. Day menghela nafas lega apabila melihat Itt dibawa masuk ke dalam rumah. Dia masuk semula ke dalam kereta dan duduk tegang kerana dia fikir ia bagus untuk melihat wajah Itt.

"Kenapa kau menangis, Itt?" Day kecewa kerana dia dilarang memeluk dan menghiburkan Itt ketika dia menangis. Tidak lama kemudian, Day meninggalkan rumah Itt.

.........

"Kau perempuan ke? Sebab tu kau menangis macam ni?" Tengking bapa Itt sambil membawanya masuk ke dalam rumah.

"Saya bukan perempuan, ayah!" Itt membalas

"Dah th, kenapa kau menangis macam ni Kalau kau lelaki, macam mana kau boleh jatuh cinta dengan
lelaki lain? Tell me!" Ayah Itt berkata lagi.

Itt mendongak memandang ayahnya dengan mata yang terketar-ketar, pipinya yang licin basah dengan air mata.

"Jadi apa salahnya dua lelaki saling mencintai ayah? Huh.." Kata Itt sambil menangis teresak-esak.

"Ini tidak wajar!" Ayah Itt berhujah

"Jadi siapa beritahu ayah yang alam dicipta... lelaki hanya untuk wanita... alam cipta manusia untuk saling mencinta. Saling memberi, ayah.. the word love is no different even if we love each other. It doesn't matter the gender. Ramai je pasangan lelaki dan perempuan yang tak kekal lama. Kenapa perlu prejudis kepada kami? Mungkin Day dengan Itt saling menyayangi lebih daripada ramai pasangan lelaki perempuan yang lain. Ayah.. eh.. Itt cuma nak ayan untuk open up dan beri Day peluang untuk membuktikannya kepada ayah. Cuma.. bagi peluang kepada kami!" Itt berkata dengan selamba, ibunya memandangnya tanpa rasa kasihan.

"Itt.." Ibu Itt hendak berkata sesuatu, tetapi suaminya menghalangnya.

"Dear....awak bawak Itt masuk bilik dia. Saya nak pergi kedai." Katanya lalu segera keluar dari rumah dan pergi ke kedainya. Itt sedang duduk dan menangis, dia melihat ayahnya keluar dari rumah dengan air mata yang masih mengalir di wajahnya. Dia bersetuju untuk naik ke bilik tidurnya dengan riak wajah yang letih dan lemah.

.........

"Kau call aku. Ada apa?" Tanya Neil sambil menghampiri Day.

Mereka berada di dalam bilik tidur. Day telah menghubunginya untuk urusan tertentu.

Love Syndrome Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now