𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 1

198 6 1
                                    


Jejaka beriris hazel yang berumur 21 tahun itu menapak turun anak tangga rumah banglonya. Kaki melangkah masuk ke dalam ruangan dapur.

" Pagi," Aries Azier menyapa sahabatnya yang sedang berperang dengan kuali di hadapannya.

" Pagi Ries! " Hayan Davier membalas sapaan sahabat karibnya itu.

" Kau masak apa? " Tengku Aries Axier menyoal Hayan Davier.

" Maggi goreng aje. Kau tunggu kejap tau. Dah nak siap ni " balas Hayan.

Aries mengangguk faham. Tubuh dipusingkan lalu Aries bergerak ke arah meja makan rumah tersebut. Punggung dilabuhkan di kerusi miliknya.

" Kau kerja harini? " soal Aries kepada sahabatnya.

Hayan mengangguk.
" Aku balik lewat tau hari ni. Maybe tak balik langsung " tokok jejaka berumur 22 tahun itu.

Aries kemudian mengangguk. Nafas dihela perlahan. Keseorangan lah dia nampaknya hari ini.

Nak pergi kerja, Aries bukannya ada kerja. Dia baru sahaja habis practical sebagai seorang doktor di sebuah bangunan hospital yang boleh tahan jauh dari rumahnya. Hayan sebenarnya bekerja sebagai doktor.

Dan Aries juga mempunyai cita-cita menjadi seorang doktor. Oleh kerana itu dia mengambil jurusan dalam bidang doktor di universiti.

" Kau tak nak minta kerja lagi ke? Tempat kerja aku ada kosong. Nak? " Hayan menyoal Aries sambil tangannya sibuk meletakkan maggi goreng di dalam mangkuk besar.

Selepas itu, Hayan bergerak ke arah meja makan dengan bekas yang berisi maggi goreng. Lantas masakan tersebut diletakkan di dalam pinggannya dan pinggan sahabatnya.

" Aku nak rehat dulu seminggu dua," balas Aries ringkas.

" Ok. Kalau kau dah sedia. Bagitahu aku. Aku tolong kau cari kerja " Aries mengangguk. Beruntung Aries mendapat sahabat sebaik Hayan.

Kemudian mereka diam sambil menjamu hidangan di depan mata. Kesunyian di meja makan itu terganggu dek Hayan yang kembali membuka mulut.

" Ouh ya. Minggu depan aku balik rumah mama dengan papa. Kau nak ikut? Tak adalah kau sunyi dekat sini " tawar Hayan namun ditolak dengan gelengan Aries.

" Tak nak aku. Kau pergi jelah. Aku ok je duduk sini seorang " Hayan diam sambil menatap mata hazel Aries.

" Ok. Kalau tu yang kau nak " jejaka beriris coklat pekat itu memutuskan akhirnya.

" Eh.. aku dah lambat! Aku pergi dulu! " cemas Hayan berkata selepas mengerling jam yang terlilit kemas di tangan.

" Ya ya. Hati-hati " Aries berpesan sambil menghantar pemergian Hayan dengan ekor matanya.

Aries kembali menjamah hidangan. Namun perlakuannya terhenti tatkala telefonnya berdering minta diangkat.

Laju tangan Aries mencapai telefon pintar di atas meja. Nama pemanggil dibaca seraya keluhan lemah dilepaskan. Ikon hijau digesek lalu skrin telefon pintar itu ditekapkan pada telinga.

" Sibuk sangat nampak sampai lambat nak jawab call aku " tak ada salam tak ada apa terus suara garau itu memecah sistem pendengaran Aries.

" Ries lambat sikit je pa " lembut Aries membalas.

" Menjawab! Pandai eh kau menjawab lepas keluar rumah aku! " Aries menghela nafas lemah.

Mentalnya jadi lemah apabila perlu berhadapan dengan lelaki yang digelar papanya itu.

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now