" Abah? "Senyap. Tiada balasan.
" Abah! "
Si kecil mencari-cari kelibat insan tersayangnya. Namun, hampa. Langsung tidak kelihatan kelibat tersebut.
" Abah.. Mana abah? Abah.. "
" Abah kau dah mati," suara garau itu menerjah si kecil. Pantas kepala menoleh ke arah seorang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu memakai topeng untuk menutupi seluruh wajahnya.
" And.. aku yang bunuh dia,"
Kornea mata menatap lama siling putih tersebut. Dada berombak kencang saat teringatkan mimpi ngeri itu. Mimpi itu.. menghantui dia lagi.
" Ries! Ries dah bangun. Adik kakak dah bangun," terasa ada satu tangan yang memegang tangannya. Aries berpaling ke sisinya.
Bergenang air matanya saat korneanya sudah dipenuhi dengan sosok Aurora Freyya.
" R.. ries. Why are you crying? " Aries dengan gerakan susah bangun dari baringannya. Genggaman Aurora dibalasnya. Aurora bangun dari kerusi pelawat lalu melabuhkan duduk di birai katil Aries. Wajah basah Aries dipandang risau.
" A.. abah," tersekat-sekat Aries berkata dalam pelukan Aurora. Aurora terkedu. Tangan yang memeluk tubuh Aries turur sama membatu.
" A.. Aries,"" A.. bah.. m.. mati se.. bab.. Ries," tersekat-sekat Aries berkata. Selepas mengungkapkan kata-kata tersebut, kepalanya menjadi semakin sakit. Mata dipejam rapat. Tangan yang memeluk Aurora mencengkam belakang baju Aurora. Kepalanya sakit. Sakit sangat.
Perlahan-lahan setiap satu situasi muncul di kotak ingatan Aries. Tak kiralah dari pahit hinggalah manis. Yang Aries tahu, itu semua ialah memorinya. Memori lepasnya.
" Aries.. dah ingat,"
Aries meleraikan pelukan mereka. Aurora pandang wajah berkerut Aries. Tangan Aries naik menumbuk-numbuk kepalanya yang semakin lama semakin sakit.
Aurora pantas memegang tangan Aries yang menumbuk kepalanya itu. Pandangan redup dilemparkan kepada Aries. Dia sudah jangka perkara ini akan terjadi. Doktor yang kata. Doktor kata bahawa impak dari kemalangan itu mungkin akan menyebabkan Aries mendapat semula ingatannya.
" Aries.. Don't hurt yourself," pintaan Aurora langsung dihiraukan Aries Axier.
" Abang.. tolong Rora. Tolong Ries," air matanya mengalir perlahan. Pedih hatinya melihat keadaan Aries. Aries nampak.. terseksa sangat.
KTAK..
" Abang! " dengan pandangan yang kabur, Aurora memandang kelibat yang baru tiba. Zayyan terkaku seketika sebelum dia pantas mendekati adik-adiknya.
" Help our bunny," ujar Aurora sayu. Dia bangun lalu memberikan ruang untuk Zayyan.
Zayyan melabuhkan punggung di birai katil. Sebelah sisi kepala Aries yang berbalut itu dia pegang bagi menghentikan perbuatan Aries yang menumbuk kepalanya.
" Aries.. stop it. I'm here.. ok? Abang ada," tubuh Aries dibawa masuk ke dalam pelukannya.
" Abang~ Kakak~ Ries nak juga! " pintanya dengan wajah cemberut. Dari tadi abang dan kakaknya bermain buaian.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...