Sebaik sahaja kereta diparkir di hadapan rumah kampung itu, laju Zayyan keluar dari kereta. Kasut dibuka sebelum dia masuk ke dalam rumah kayu tersebut.Tak sempat rakan-rakan Zayyan mengejar oleh kerana Zayyan yang terlalu laju.
Pandangan orang-orang yang hadir Zayyan hiraukan. Dia hanya ingin melihat seseorang. Adiknya. Nurul Aurora Freyya.
Sebaik sahaja tiba di ruangan dapur, kornea mata Zayyan dihiasi dengan Aurora yang sedang menangis di dalam pelukan ibu saudara mereka, Azlina iaitu kakak kepada ibu Zayyan dan Aurora, Hazlina.
Puan Azlina panggung kepala saat merasakan dirinya diperhatikan. Puan Azlina mengangguk sedikit menyuruh Zayyan mendekati.
" Aurora? " panggil Zayyan.
Aurora menoleh saat mendengar suara yang amat dirinduinya itu. Apabila iris mata dipenuhi dengan wajah Zayyan, laju Aurora memeluk abang kandungnya itu. Erat.
Zayyan turut membalas pelukan tersebut. Kepala Aurora dicium sekilas sebelum dia menongkatkan dagunya di atas kepala si adik.
Dibelainya lembut kepala si adik yang berlapikkan selendang itu.
" A.. abang.. Ibu.. ibu dah tak ada. Hiks " Zayyan angguk perlahan.
" Abang tahu," balas Zayyan.
" Ibu dah janji tak nak tinggalkan kita macam ayah! Ibu mungkir janji. Hiks " Zayyan terkedu. Perlahan air matanya menitis namun cepat-cepat dia kesat.
" Hey. Sayang.. ibu pergi sebab Allah lebih sayangkan ibu. Aurora kata Aurora nak tengok ibu bahagia? Sekarang, ibu dah bahagia dekat sana Rora. Jangan macam ni sayang. Abang kan ada? " sebak Azlina dan rakan-rakan Zayyan yang mendengar setiap bait kata Zayyan.
Aurora angguk kecil dalam pelukan Zayyan. Betul, dia nak tengok ibu dan ayah bahagia.
" Abang kena janji dengan Rora. Jangan tinggalkan Rora," Zayyan angguk laju.
" Abang janji," balas Zayyan.
Mendengar balasan si abang, pelukan semakin dieratkan.
" Rora rindu abang," Zayyan senyum pahit.
Kepala si gadis sekali lagi diusap.
ARIES Azier mengusap dadanya perlahan yang terasa sesak. Entah mengapa dia rasakan satu perasaan yang berlainan. Aries rasa.. tak sedap hati.
Tapi, Aries buang perasaan itu jauh-jauh.
Hayan Davier yang baru hadir di ruang tamu itu menghampiri sahabatnya. Dia duduk di sofa bersebelahan Aries.
" Kau kenapa? Macam tak ok je aku tengok " ujar Hayan tanpa memandang Aries. Mata masih tertancap pada skrin televisyen yang memaparkan siaran filem Inggeris.
" Ok " Aries membalas sepatah. Hayan laju menoleh ke sebelah.
Membulat matanya saat melihat wajah Aries yang mempunyai lebam. Kesan tamparan papa semalam.
" Muka kau tu dah kenapa?! Kau pergi bertumbuk dengan siapa pula kali ni? " soal Hayan sambil menolehkan kepala Aries untuk memandangnya. Lebam di pipi dan hujung bibir Aries dipandang sebelum dia menatap anak mata hazel Aries pula.
Aries menepis perlahan tangan Hayan yang memegang wajahnya. Kemudian, Aries kembali menonton televisyen tanpa menghiraukan si sahabat.
" Kau jumpa Tengku? " Aries terdiam. Menyebabkan sangkaan Hayan adalah benar.
" Kenapa? Apa kau buat sampai dia nak belasah kau lagi? " bengang nada Hayan. Dia memang betul-betul geram dengan papa Aries. Suka sangat dera sahabatnya.
Aries geleng. Tak penting pun untuk Hayan tahu.
Hayan keluh nafas.
" Geramnya aku dengan bapak kau tu! " kemudian, Hayan mendengus geram.Aries pula hanya diam. Mendengar segala bebelan Hayan terhadap Tengku Farid.
ZAYYAN Hayqayl melabuhkan punggung di kerusi meja makan panjang tersebut selepas sahaja dia selesai menyusun pinggan dan gelas.Telefon pintar dikeluarkan dari poket lalu Zayyan melayari siaran menarik di aplikasi Instagram tersebut.
Kehadiran Luthfan yang baru sahaja melabuhkan duduk di sebelahnya hanya dipandang sesaat.
" Morning " Zayyan berhenti melayari gajet apabila rakan-rakannya sudah berada di situ.
Sekarang, hanya tunggu seorang.
Petah berbicara, kelibat yang ditunggu-tunggu sudahpun memunculkan diri. Zayyan senyum nipis saat melihat adik perempuan kesayangannya itu.
Lepas sahaja pengebumian ibu dan menetap di rumah arwah Puan Hazlina buat seketika, Zayyan membuat keputusan untuk membawa Aurora balik ke bandar bersamanya.
Tak elok jika anak dara duduk berseorangan di rumah. Risau jikalau ada hal yang tidak diingini berlaku.
Zaman sekarang, sudah banyak perkara-perkara buruk berlaku tanpa jangkauan sesiapa pun. Jadi, baik Zayyan berhati-hati dan menjaga adiknya dengan ketat.
" Morning little angle," Zayyan usap kepala Aurora yang berlapikkan selendang itu lembut.
Aurora senyum nipis. Mata sembab Aurora dipandang sayu oleh Zayyan.
" Cry again? Aurora? " Aurora tunduk.
" Sorry," ujar Aurora sambil menunduk.
' Bapak gila sopan! Limited edition punya perempuan ' getus hati Daniell Hudfhi.
" Eat Aurora " ujar Zayyan lembut selepas mengusap sekilas kepala Aurora.
Aurora patuh.
Mereka menjamah hidangan dengan suasana senyap. Hanya bunyi dentingan sudu garfu dan pinggan sahaja yang kedengaran.
" Oh ya.. abang. Sebelum ibu meninggal, ibu ada pesan sesuatu dekat kita," ujar Aurora selepas mereka semua habis makan.
Yang lain entah ke mana mereka berada. Jadi, hanya Zayyan dan Aurora di meja makan tersebut.
" Pesan? Apa dia? " tanya Zayyan.
" Ibu bagi Rora alamat ni," Aurora meletakkan sekeping kad kecil yang telah tertulis satu alamat rumah.
" Ibu kata.. cari.. Ries," teragk-agak Aurora meneruskan kata-katanya.
Manakala Zayyan sudah terkaku sambil merenung alamat tersebut. Zayyan panggung kepala melihat mata hazel Aurora.
" What.. are you talking about?! Ries dah mati! " kuat Zayyan membentak.
" Abang! Calm down!! Aurora tahu pesanan ibu pelik. Tapi, why not kita try? What if.. Ries still alive? " Zayyan terdiam. Memikirkan segala kemungkinan yang akan terjadi.
Namun, mustahil. Arwah ibu mereka sendiri kata yang 'dia' sudah meninggal.
Lamunan Zayyan terhenti saat tangannya disentuh tangan kecil Aurora.
" Please? Abang? Just this time. Kalau betul Ries masih hidup.. we must take him back "
" But..kalau abang tak nak, Aurora pergi siasat sendiri " putus Aurora.
Zayyan keluh nafas.
" Ok. We will do it " ujar Zayyan akhirnya.
TO BE CONTINUED..𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...