𝐀𝐱𝐢𝐞𝐫 | 10

93 4 0
                                    


     Tajam mata Tengku Farid menikam iris mata anak terunanya. Aries pula hanya menunduk. Tak berani membalas pandangan tajam Tengku Farid.

    " Kau pergi jumpa mereka? " Aries panggung kepala. Papa tahu?

   " Papa kenal diorang? " soalan dibalas soalan.

  " Lepas ni, aku tak nak kau jumpa mereka lagi. Kalau kau degil, siap kau " tegas Tengku Farid mengarah Aries. Rahsianya akan terbongkar jika Aries kerap bergaul dengan mereka.

   " Baik pa," balas Aries.

  " Dah. Berambus," halau Tengku Farid. Ekor mata menghantar pemergian Aries.

   Lelaki berumur itu mendengus nafasnya kasar. Habislah jika rahsianya terbongkar melalui Black Dragon's. Semuanya akan jadi rumit.
   
  
    ARIES Axier memarkir keretanya di garaj rumah banglo dia dan sahabat karibnya. Selesai, Aries mengunci kereta tersebut lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

   Nafas dihela kecil. Mujurlah Tengku Faris tidak menghukumnya hari ini. Atau luka sebatan semalam akan kembali berdarah.

   " Assalamualaikum," ucap Aries seusai kaki menapak masuk ke dalam rumah.

  Sunyi sahaja rumah tersebut tanpa sebarang lampu di tingkat bawah. Aries kini menaiki anak tangga untuk ke tingkat dua dimana biliknya terletak.

  Melihat bilik Hayan yang masih terang dengan lampu, tahulah Aries yang Hayan masih belum tidur. Mungkin sahabatnya itu sedang bersiap untuk pulang ke kampungnya esok selama seminggu.

   Mengingatkan hal itu, Aries hela nafas lemah. Lonely lah dia seminggu ni. Dia mana ada kawan lain dah selain Hayan. Hayan sahaja yang sudi berkawan dengan jejaka pelik macam dia ni.

   Orang lain mana sudi berkawan dengan dia. Mereka kata yang Aries seorang yang pelik sebab bermata hazel, pendiam dan yang paling sering diperkatakan.. nama Aries seperti orang bukan Islam. Pelik ke tu? Aries pun tak tahu.

  Malahan, di tempat kerja practical Aries pun dia tak punya kawan. Selama empat bulan menjadi doktor pelatih, dia bersendirian. Hanya akan bercakap dengan pesakit. Pesakit pun macam nak tak nak je terima rawatan dari Aries.

  Tapi, Aries tetap bersyukur sebab selama empat bulan itu, ada juga insan-insan baik yang tersenyum dan sudi berbual panjang dengan Aries. Mereka tak menganggap Aries pelik.

   Sejak dia sekolah.. dia dianggap pelik. Dari kecil hingga besar, alasan sama sahaja yang Aries dapat jika ditanya mengapa orang tidak berkawan dengan dia.

   Alasannya? 'Mata kau pelik!', 'Kau ni pendiam. Tak sesuai berkawan dengan kitorang ni', 'Nama kau.. macam orang Kristian!' dan macam-macam lagi.

   Hidup Aries memang menyedihkan. Tapi tak apa, Aries tak mudah putus asa! Dia sentiasa ingat bahawa setiap yang berlaku dalam hidupnya adalah ujian dan dugaan yang diberi oleh Allah SWT.

   Ramai lagi yang diuji seperti Aries. Malah, lebih teruk dari Aries. Jadi, apa yang perlu didustakan Aries? Diberi nafas, diberi kudrat dan kesihatan yang baik pun dah cukup mencukupi bagi Aries Axier.

   TOK TOK

  Aries bangun dari tilam apabila pintunya dikuak dari luar oleh Hayan Davier. Aries tersenyum kecil apabila Hayan sudah duduk di sebelahnya.

   " Aku dah nak balik esok. Betul kau tak nak ikut? " Aries angguk.

  " Betul. Jangan risaulah pasal aku. Aku ok aje " ujar Aries yakin.

   " Taklah. Aku cuma risau dengan kau. Kau kena janji satu benda dengan aku. Kau kena janji.. kau jaga diri kau baik-baik! Jangan balik rumah kau kalau tak penting. Faham? "

  " Iya~ aku tahu lah Hayan " Hayan senyum kecil sebelum naik mengusap kepala Aries.

   " Aku dah anggap kau macam adik aku. Sebab tu aku risau dengan kau. Lagi-lagi bila kau ada strict family. Aku tak nak sahabat aku ni ditimpa masalah. Jadi, kau kena jaga diri kau betul-betul! " Aries sedikit sebak. Hayan lah satu-satunya orang yang mengambil berat tentang dirinya.

   Inilah kali pertamanya Aries dapat merasai kasih sayang. Walaupun bukan daripada ibu bapa, daripada sahabat pun cukup!

   " Janji tau kau jaga diri! Kalau aku tak ada nanti, taklah aku risau sangat sebab kau dah berjanji," Aries gigit bibir bawah. Kuat.

  " Janganlah cakap macam tu. Aku tak nak hilang kau. Kalau kau tak ada, aku nak bercakap dengan siapa? " Aries berkata sayu dengan air mata yang sudah mengalir perlahan.

  Hayan tergelak kecil.
" Iya iya. Aku cakap aje. Janganlah ambil serius. Ish, tisu betul kau ni! " usik Hayan sambil melepaskan sisa tawanya.

   Aries menumbuk lengan Hayan kuat. Ada ke patut dia panggil kita ni tisu? Kita nangis sikit je pun! Sob sob..

  Hayan sambung ketawa apabila melihat wajah cemberut sang sahabat.

  " Bodoh lah kau! " semakin galak Hayan ketawa. Aries tak sesuai maki-memaki ni dengan muka merah tu! Nampak comel je! Macam budak kecik! HAHA

  " Hay~~ Sudahlah gelakkan aku! " bantal diambil lalu dibaling tepat ke muka si Hayan.

  " Ok ok! " Hayan memandang Aries. Cepat-cepat dia menekup mulutnya tika melihat Aries. Hidung Aries merah! Kelakar!

   " Ish! Hayy!! " galak Hayan menertawakan sang sahabat.

  " Aku tak boleh lah doh! Muka kau kelakar gila! Plus cute! HAHAHA! " semakin cemberut wajah Aries.

   Lama Aries memerhati Hayan yang masih ketawa sebelum perlahan-lahan hatinya terusik. Aries ketawa perlahan.

  Dan akhirnya mereka ketawa bersama.

TO BE CONTINUED..

  𝒴. 𝒮𝒽𝒶
 

 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂWhere stories live. Discover now