BANG BANG BANG!Tepat peluru tersebut menembus dada si gerangan. Aries buka mata apabila dia tak rasakan apa-apa. Malahan, dia rasakan tubuhnya hangat dalam pelukan seseorang.
Saat membuka mata, dia terpempan.
" Ha.. yan? " gagap Aries panggil sebaris nama itu.
Tubuh Hayan melorot jatuh ke bawah. Aries tangkap tubuh Hayan. Mereka sama-sama melutut di lantai kotor itu. Kedua-dua belah tangan Aries namun menyentuh belakang badan Hayan. Saat dilepas, darah memenuhi tapak tangan Aries.
Tangan Aries bergetar kecil. Aries menatap anak mata Hayan dengan mata yang berkaca.
" Hayan. Ke.. napa? Bodoh! Bodoh! Hayan! Kau bodoh!! Bodoh!! " maki Aries dengan air mata yang setia mengalir di pipi. Hayan tersenyum kelat.
" Aries," Zayyan memanggil perlahan.
" A.. ku.. dah te..bus si..lap aku.. kan? " tersekat Hayan menutur kata. Aries mengangguk laju.
" Ja..di, boleh..lah a..ku jum..pa mama da..n Ya..na. Kan? " Aries menggeleng. Tidak, Hayan tak boleh tinggalkan dia.
" Kau kena bertahan. Tolonglah, aku masih perlukan kau. Kalau kau tak ada,.. macam mana aku nak hidup? " tersedu sedan Aries menutur kata. Hayan menggeleng perlahan. Dia pandang Zayyan dan Aurora sekilas. Begitu juga Black Dragon's dan Khalif serta Syaqil.
" K..au a..da ab..ang dan.. kak..ak," Aries menggeleng.
" Aku masih perlukan kau,"" Ari..es ma..afkan aku.. ya? " Aries tarik Hayan masuk ke dalam pelukan.
" K..aulah sa..ha..bat aku du..nia akh..irat. Teri..ma ka..sih A..ries A..xier,"
" Ergh.. menyusahkan lah," gumam Haidar sendirian. Hayan benar-benar menyusahkan. Picu ditarik.
BANG BANG!
Tepat dua das tembakan tersebut mengenai dada Aries Axier. Aries tarik nafas lega dalam keperitan. Mujur sahaja dia sempat selamatkan Hayan. Aries tarik senyuman nipis.
" Aries!! Binatang kau, Haidar!! " Khalif menjerit geram. Pistol dikeluarkn dari belakang. Melihat tindakan Khalif, yang lain turut beraksi.
Maka, peperangan bermula. Zayyan sempat mengerling Aries dan Hayan. Perit rasanya ingin meninggalkan mereka berdua.
' Tunggu abang, Aries '
BANG! BANG!
Aurora terlepas dari genggaman dua lelaki tegap itu apabila mereka berdua menerima tembakan darilada Syaqil. Aurora terbaring di lantai. Dia tak mampu berjalan. Sungguh dia rasakan lemah saat ini.
Pandangannya kabur. Dia hanya mampu memandang Aries dan Hayan. Tangan dihalakan pada Aries.
' Maafkan kakak, Aries ' air mata mengalir perlahan sebelum dia akhirnya hilang kesedaran.
" Ja.. ngan ma..ti, Hay," ujar Aries perlahan apabila dia sudah tidak dapat merasakan degupan jantung Hayan Davier. Air matanya semakin mengalir laju.
" Hay.. A.. aku tak nak.. hi..lang k..au,"
" Hay.. bangunlah," teresak dia disitu seorang diri.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Acción( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...