Aries Axier menggeliat kecil setelah menyegarkan diri dengan menatap pemandangan di luar tingkap. Posisi yang tadinya mengiring kini diubah menghadap siling bilik.Hari-hari yang akan dijalankan Aries akan rasa kosong. Tak sama seperti dulu. Entahlah, dia sudah hilang punca untuk hidup.
Aries tak tahu lagi nak berbuat apa. Dia tiada tempat meluah. Hayan? Hayan memang sahabatnya namun dia jarang meluah pada Hayan. Sangat jarang. Dia hanya akan meluah jika dia rasakan dia tak boleh menanggung lagi segalan beban di bahu.
Lagipun, Hayan kurang pulang ke Mansion Black Dragon's ini. Katanya sibuk dengan pesakit di hospital. Kadang-kadang, Hayan langsung tak pulang ke Mansion.
Susah betul sekarang nak berjumpa Hayan.
Dulu Hayan tahu apa yang dibuatnya setiap hari, namun, sekarang berbeza. Hayan terlalu sibuk sehinggakan dia tiada masa untuk bertanyakan khabar kepada sahabat karibnya itu." Morning Ries! " suara Noah menyapa gegendang telinga Aries. Sekurang-kurangnya, Aries tak rasa terlalu sunyi dengan adanya si roh Noah.
" Hey. Macam mana semalam? Papa kau cakap apa? " soal Noah ingin tahu.
" Tak ada apa. Papa cuma cakap..
yang aku bukan anak kandung dia. Aku cuma anak angkat. Anak gelandangan. Dari tong sampah. Aku kotor, jijik. Sebab tu lah mama dan papa benci aku," nada Aries kosong. Seperti langsung tak terkesan dengan kata-katanya tadi.
Entah, hati Aries tak rasa apa-apa. Cuma kosong.
Noah diam. Dia dah agak inilah yang Tengku Faris akan cakap.
" Aries.. "
" Papa dah tak nak aku. So, aku bukan anak dia lagi dah," Aries bangun dari pembaringan. Selimut yang menutupi sebahagian badannya diselak. Aries bangun untuk ke bilik air.
" Aries.. "
Noah memanggil dari luar pintu bilik air Aries. Aries menggumam bagi membalas panggilan Noah. Bunyi pancuran air kedengaran dari dalam bilik air itu.
" Kau nak aku tolong kau cari keluarga sebenar kau? Aku boleh tolong," tawar Noah.
Namun, tiada balasan kedengaran selepas itu.
" Jangan cakap pasal benda ni lagi? Aku nak berehat. Aku lelah dengan semua benda ni. Bagi aku rehat dulu, please? " pintu bilik air dibuka. Tersembul jelas Aries yang sudah siap berpakaian kemas. Cepat bebenor budak ni mandi.
Noah diam sambil menatap sahaja mata redup Aries. Noah mengangguk perlahan.
" Aku ada dengan kau. Aku akan tolong kau. Jangan sedih tau? " Aries senyum kecil. Pertama kali dia melihat roh yang sangat baik terhadapnya. Biasanya, roh-roh lain akan datang dan meminta tolong kepada Aries untuk memenuhi permintaan mereka dan jika Aries tak sudi menolong mereka, mereka akan buat sesuatu yang tak dijangka sehingga Aries setuju. Contohnya, marah, menakutkan Aries, dan cara agresif, pukul dan lain-lain sehingga menyebabkan Aries hampir cedera parah kerana roh-roh tersebut.
Walaupun begitu, Aries tetap tak setuju. Sehingga akhir hayatnya dia takkan setuju untuk menolong roh. Mungkin?
" Kenapa kau nak tolong aku? "
" Sebab.. kita kan kawan?
Kalau aku masih hidup, mesti kita akan jadi bestfriend! Percayalah! Tapi tulah, aku dah mati.. hm " kecewa sahaja nada Noah.
MEOW..
Aries dan Noah serentak menoleh ke arah suara itu. Automatik Noah terjerit kecil dan paju dia bersembunyi di belakang Aries. Aries membongkok untuk mengambil si bulus Ginger. Anak kucing itu mengiau tanda suka.
Senget kepala si bulus bagi memandang gerangan Noah. Noah pula semakin menyembunyikan diri di belakang Aries.
MEOW!
Si bulus bersuara seperti dia sedang menegur Noah. Aries tergelak kecil.
" Noah takut kucing? Seriously? " sakan Aries Axier menggelakkan Noah.
" Bukan takut.. geli lah! " bantah Noah.
" Sama lah tu! " ujar Aries sambil mengusap kepala Ginger. Ginger memejam matanya. Dia suka belaian itu!
" Hey Ginger. Lapar? "
MEOW!
Ginger bersuara lagi tanda membalas pertanyaan tuannya.
" Kesian Ginger. Noah, aku turun dulu! Nak bagi Ginger makan," ujar Aries lalu beredar pergi dari situ.
" Ya ya! Jangan biar haiwan tu datang dekat aku lagi! " laung Noah sebelum dia mengeluh kecil.
Noah kemudiannya tersenyum kecil.
" You are very strong Aries," jujur Noah cakap, dia kagum dengan sikap tabah Aries Axier.Kisah hidup Aries lebih kurang sama dengan Noah. Aries dibuang, Noah juga dibuang. Aries tidak mendapat kasih sayang ibu dan bapanya dan Noah juga begitu. Namun, ada yang membezakan mereka berdua.
Iaitu ketabahan dan kecekalan mereka. Jika nak dibandingkan Noah dengan Aries, Aries lebih tabah menghadapi ujian hidupnya berbanding Noah. Noah kagum. Sedangkan Noah sendiri tak dapat menahan kesedihan dan kesakitan di dalam hatinya, namun Aries mampu.
Noah berpaling memandang pemandangan di luar tingkap. Dia berfikir, kalaulah dahulu, semasa dia masih hidup, dia menghadapi semuanya dengan tabah, dia pasti akan mempunyai penamat yang gembira.
Namun begitu, sebenarnya, dua-duanya antara Noah dan Aries, mereka berdua ialah orang yang cukup cekal dan tabah. Mereka berdua sama taraf, sama kekuatan. Tak ada yang membezakan mereka berdua sebenarnya.Noah juga tabah dan kuat seperti Aries. Cuma Noah yang tidak nampak. Noah cuma perlukan seseorang untuk membuktikan bahawa Noah juga seorang yang kuat.
Adakah Aries orangnya? Orang yang akan menyedari Noah bahawa dirinya sendiri sudah cukup hebat.
TO BE CONTINUED..
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #2 Jejaka beriris hazel itu diberi nama Tengku Aries Axier. Rupawannya tampan serupa dengan namanya. Dia seorang yang suka tersenyum walaupun dia memendam seribu rasa. Sejak kecil, dirinya dihina dan...